• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPD KLIA Awasi KLIA, KLIA2 Dan 10km Radius

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dirasmikan hari ini akan mengawasi KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan kawasan 10 kilometer radius KLIA.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika merasmikan IPD KLIA itu di sini berkata Malaysia harus mengambil iktibar daripada dua insiden serangan bom di Lapangan Terbang Atartuk di Turki dan Lapangan Terbang Brussel di Belgium yang menjadi mangsa kumpulan pengganas.

“Dengan trafik penumpang melebihi 52 juta setahun, tahap keselamatan KLIA perlu dipertingkatkan bagi memastikan ia mempunyai jumlah keanggotaan yang mencukupi dan sokongan logik yang lengkap untuk menangani sebarang bentuk ancaman,” katanya.

IPD KLIA, yang beroperasi di Balai Polis KLIA sebelum ini, merupakan IPD ke-16 di Selangor dan IPD ke-156 di Malaysia. ACP Zulkifli Adamshah menjadi Ketua Polis KLIA yang pertama.

Mohamad Fuzi berkata IPD KLIA akan memberi keutamaan kepada elemen risikan dan penyiasatan selain pasukan sokongan seperti Unit Pemusnah Bom, Unit K-9 dan Unit Tindak Khas jika berlaku sebarang krisis atau bencana.

Pada masa ini, IPD KLIA mempunyai 875 anggota serta pegawai dan jumlah berkenaan dijangka ditingkatkan kepada 1,084 orang dalam masa tiga tahun, katanya.

Mohamad Fuzi berkata IPD KLIA juga adalah sebagai persiapan menghadapi pembangunan pesat ‘aerocity’ dan menangani aspek keselamatan dan ketenteraman awam pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Batal Flight, Ayda Jebat Jumpa Peminat Di Hospital

Next Post

Pertingkat Inisiatif Pengantarabangsaan Halal

Related Posts

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Isu

08/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum...

83 Individu Ditahan Kes Rusuhan Kuil Setakat 8 Pagi

04/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia setakat ini telah menahan 83 individu untuk membantu siasatan kes kekecohan di Kuil Sri...

Next Post

Pertingkat Inisiatif Pengantarabangsaan Halal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd