• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Impian Jumpa Anak Di London Bakal Tercapai”

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan ahli kumpulan Elite, Watie Sadali diarahkan membayar RM2,500 sebagai ansuran bulanan daripada jumlah ganti rugi sebanyak RM707,351.83 yang dituntut bekas anggota kumpulan itu, Hana.

Baca: Watie Sadali Hanya Mampu Bayar RM2,500 Sebulan

Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Rasyihah Ghazali mengesahkan kenyataan itu berikutan berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Watie.

Prosiding yang berlangsung pada Rabu telah memutuskan sebanyak RM112,000 yang perlu dibayar Watie melalui Jabatan Insolvensi bagi menarik semula nama Hana daripada disenarai hitamkan.

Namun, RM99,500 perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum atau pada 30 November tahun ini bagi bayaran permulaan, manakala bakinya perlu dibayar dengan jumlah RM2,500 dari Januari hingga Mei 2018.

Bagaimanapun, Watie masih perlu membayar RM2,500 setiap bulan sehingga jumlah RM707,351.83 selesai dilunaskan.

Jelas sekali, keputusan yang telah ditetapkan mahkamah membuatkan Hana berpuas hati dan sedikit lega.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat lega kerana akhirnya saya dapat kebebasan hidup semula. Inilah yang saya nantikan selama lapan tahun.

“Syukur… tak ada apa yang boleh saya ungkapkan sekarang ini. Apa yang penting kes bankrap itu sudah selesai dan saya boleh jalani kehidupan seperti biasa.

“Sekarang ini saya cuma tak sabar nak jumpa dua anak saya di London, nampaknya impian ini akan tercapai tak lama lagi,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Hana menyatakan yang dia seakan sudah serik untuk mempunyai sebarang pertalian dengan Watie selepas perkara ini selesai.

Dia juga turut kesal dengan tindakan Watie yang seolah-olah tidak mengambil kisah tentang hutang tersebut sejak awal lagi.

“Ini pengajaran terbesar buat saya dan untuk berbaik semula dengan dia mungkin tidak. Orang macam ni patut dijauhi.

“Saya tak kejam. Lapan tahun saya bagi dia peluang. Dia tahu saya tinggal di mana dan kenal keluarga saya, malah kami dah anggap dia macam saudara sendiri, ini yang saya dapat?” ujarnya.

Hana memfailkan tuntutan saman terhadap Watie atas kegagalannya untuk membayar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah pada 28 Ogos 2014 lalu.

Sekadar mengimbas semula, Watie telah membeli sebuah kereta jenis Toyota Wish dengan menggunakan nama Hana. Namun, dia gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.

Disebabkan itu, Hana menerima akibatnya dan diisytihar muflis pada 1 April 2013 sekaligus menghalangnya untuk berjumpa dengan dua orang anaknya yang menetap di London. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hana AdnanHana Elitehutang keretaWatie EliteWatie Sadali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hana Bengang Watie Tak Bayar-Bayar Hutang

05/02/2018
0

KEMELUT antara dua sahabat, Hana Adnan dan Watie Sadali nampaknya masih belum mencapai pengakhirannya. Terbaru, Watie didakwa gagal membayar tuntutan...

Watie Sadali Hanya Mampu Bayar RM2,500 Sebulan

12/10/2017
0

AWAL September lalu, kecoh tentang isu saman menyaman antara dua ahli kumpulan Elite iaitu Watie dan Hana. Kes ini berlarutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd