• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Tumpaskan Sindiket E-Kad Palsu

oleh AK-47
18/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi seorang ‘Datuk Seri’ selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina dalam satu operasi di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam operasi 12 tengah hari di sebuah premis di jalan berkenaan, pihaknya turut menyita 60 barang kes bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati sindiket yang didalangi seorang lelaki berusia 60 tahun yang mendakwa bergelar ‘Datuk Seri’ itu terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu program pendaftaran penggajian dan penempatan semula pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.

“Kegiatan ‘Datuk Seri’ ini dibelakangi oleh satu syarikat sendirian berhad yang beroperasi di sekitar Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafar berkata dokumen palsu yang dikeluarkan kepada PATI dikenakan bayaran antara RM1,100 dan RM1,200 bagi setiap kad, kononnya kebenaran untuk mereka berada di Sabah sebagai pekerja asing yang berdaftar.

Menurutnya, proses pendaftaran akan dilakukan oleh syarikat yang diketuai oleh ‘Datuk Seri’ itu manakala proses cetakan dan pengeluaran diurus oleh ejen yang dilantik dengan proses tersebut dilakukan di Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada PATI terbabit.

“JIM sekali lagi menegaskan tidak ada sebarang program pengurusan PATI dan pendaftaran Program E-Kad dijalankan di negeri Sabah dan JIM tidak pernah melantik atau bekerjasama dengan mana-mana pihak atau individu untuk melaksanakan pendaftaran Program E-Kad di Sabah,” kata Mustafar.

Beliau berkata semua suspek dibawa ke Depot Tahanan Pejabat Imigresen Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 56 (1A) dan Seksyen 51 (5)(b) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhubung terus ke pejabat imigresen terdekat untuk mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya ada pihak yang mendakwa boleh menguruskan dan membuat pendaftaran PATI atau Program E-Kad,” katanya. – BERNAMA

Tags: palsuSindiket E-Kad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd