• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Tahan 7 Pengemis Warga Asing Di PJ

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan tujuh warga Kemboja termasuk tiga kanak-kanak dalam operasi membanteras gelandangan dan pengemis warga asing di sekitar Petaling Jaya, dekat sini,Selasa lepas.

Ketua Unit Operasinya, Jaimin Sumpit, berkata dalam operasi bersepadu yang turut disertai polis dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, seramai empat wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia antara tiga bulan dan 76 tahun ditahan.

Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 19 orang telah diperiksa dalam operasi itu iaitu 10 warga tempatan, dua pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan tujuh warga Kemboja terbabit.

“Ada antara warga asing terbabit pernah ditahan sebelum ini kerana mengemis dan mereka dibawa ke pejabat penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor di sini untuk siasatan lanjut.” katanya. – BERNAMA

Tags: pengemis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipenjara, Denda Guna Kad Pengenalan Palsu Kerja Sebagai Guru Sejak 29 Tahun

Pengemis Kaya Miliki Proton X70

22/02/2024
0

Kuala Lumpur: Hanya berbekal 'muka simpati', seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis hingga mampu membeli sebuah kenderaan utiliti sukan...

Pengemis Ludah Cermin Kereta Pemandu Enggan Beri Wang

Pengemis Ludah Cermin Kereta Pemandu Enggan Beri Wang

17/08/2023
0

JAKARTA – Seorang pengemis cuba bersikap samseng dengan meludah cermin hadapan sebuah kereta selepas pemandu enggan memberikannya wang, lapor program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd