• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Durjana Lacurkan Dua Anak Bawah Umur

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU- Dua beradik tiri, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun, didakwa telah dilacurkan kepada warga Bangladesh serendah RM50 setiap sesi oleh ibu kandung mereka sendiri.

Ibu durjana itu dikatakan telah memaksa kedua-dua anak perempuannya itu untuk mengadakan hubungan seks dengan tiga orang warga Bangladesh, yang salah seorangnya dipercayai merupakan kekasihnya.

Difahamkan, kedua-dua anak penganggur berusia 39 tahun itu merupakan daripada hasil perkahwinan keempat dan kelimanya dan tinggal di salah sebuah bilik di dalam sebuah bangunan lot komersial dua tingkat di Taman Bintang, Senai.

Aktiviti seks itu bagaimanapun, dijalankan di sebuah hotel bajet di Larkin Perdana di sini, kira-kira 30km daripada kediaman mereka.

Salah seorang jiran mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Malar, 38, menyifatkan keluarga itu sebagai gemar memencilkan diri.

“Sebelum ini mereka menyewa bilik di bawah, di lot kedai yang terletak di belakang sebuah kedai gunting rambut, selama setahun. Oleh itu, kami tidak berapa mengenali keluarga itu.

“Anak perempuan sulungnya menaiki bas sekolah yang sama dengan anak saya tetapi dia sudah tidak hadir ke sekolah sejak tiga bulan lalu,” kata Malar kepada The Star.

Malar, yang telah tinggal di kawasan tersebut sejak setahun yang lalu, menambah bahawa kanak-kanak perempuan yang lebih kecil itu kelihatan seperti kanak-kanak kurang daya pembelajaran.

“Gadis itu tidak tahu bercakap dan tidak pergi ke sekolah,” katanya lagi.

Dia turut berkata dia tidak mengesyak apa-apa yang mencurigakan dan berpendapat bahawa seorang lelaki Bangladesh, yang adakalanya dilihat berada di rumah mereka, merupakan suami wanita itu.

Pemilik rumah tersebut, yang juga menjalankan perniagaan kedai gunting rambut, berkata dia sudah terserempak dengan wanita itu sejak beberapa hari lalu.

Dia mahu mengutip sewa yang telah tertunggak selama dua bulan daripadanya.

“Dia tinggal di tingkat bawah bersama-sama dua anaknya sebelum pindah ke tingkat atas. Dan kami tidak mempunyai masalah dengan pembayaran sewa sejak mula menyewa satu tahun setengah yang lalu, hinggalah dua bulan lalu,” katanya.

Wanita itu dipercayai pernah bekerja di kilang sebelum ini tetapi telah dibuang kerja beberapa bulan yang lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan mendapati ibu tersebut akan membawa anak-anak perempuan itu ke hotel setiap Jumaat sejak sebulan lalu.

“Kami menahan ibu itu pada 25 Oktober lalu di Taman Bintang, Senai berikutan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376.

Polis juga menyiasat kes itu di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, katanya.

“Kami sedang mencari ketiga-tiga lelaki Bangladesh itu,” kata Mohd Khalil dan menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat untuk membantu polis dalam siasatan mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Daud Arbah berkata, kanak-kanak perempuan yang telah ditahan di Hospital Sultanah Aminah sejak 25 Oktober itu akan diletakkan di bawah jagaan Pusat Perlindungan Kanak-Kanak di sini.

“Kedua-dua mangsa akan dirujuk kepada kami setelah mereka menyelesaikan pemeriksaan mereka.

“Kami akan menjaga mereka selama sekurang-kurangnya satu bulan ketika siasatan dijalankan di bawah Seksyen 19 (1) Akta Kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Johor, Asiah Ariff berkata beliau akan meneliti kes itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ibu tunggalJenayahlacur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd