• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IEM Tawar Bantuan Teknikal Siasat Tanah Runtuh

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Institut Jurutera Malaysia (IEM) sanggup menawarkan bantuan teknikal dan pandangan bagi menyiasat kejadiaan tanah runtuh di projek perumahan di Tanjung Bungah di sini Sabtu lalu yang mengorbankan 11 pekerja binaan.

Presidennya, Dr. Tan Yean Chin berkata institut itu mempunyai lebih 40,000 anggota yang memiliki kepakaran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata banyak kejadian pembinaan disebabkan kegagalan kontraktor untuk melibatkan jurutera profesional bagi mengendali rekabentuk, kelulusan dan pemantauan dalam kerja-kerja pembinaan.

“Semua pihak terlibat dalam pembinaan perlu bertanggungjawab bagi memastikan sebarang insiden di kawasan pembinaan boleh dihalang.

“Institusi ini sangat sedih dengan tragedi itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tan juga berkata berdasarkan pemerhatian, pembangunan projek Tanjung Bungah itu bukan terletak di lereng bukit tetapi di atas tanah bersebelahan dengan lereng itu.

Beliau berkata jenis pembinaan itu adalah biasa di kawasan yang mengalami kekangan tanah seperti Kuala Lumpur dan banyak bandar raya maju seperti Hong Kong dan Singapura. – BERNAMA

Tags: Institut Jurutera Malaysia (IEM)tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tokoh Sejarah Negara Zainal Abidin Meninggal Dunia

Next Post

SOJC 2017: Skuad Remaja Negara Terus Kempunan

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post

SOJC 2017: Skuad Remaja Negara Terus Kempunan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd