• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Buang Daerah Masih Relevan

oleh Ahmad Albab
30/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hukuman buang daerah yang dikenakan ke atas penjenayah masih relevan untuk dikekalkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji untuk menambah baik pengisian program untuk individu yang dibuang daerah agar terus relevan dengan perkembangan semasa.

“Elemen buang daerah bukanlah sesuatu yang asing dalam undang-undang yang berbentuk pencegahan, individu-individu yang dibuang daerah ini atau dalam istilah sebenarnya dalam pengawasan polis bukanlah diabaikan pihak kerajaan.

“Orang-orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis ini dipantau oleh ketua polis balai dan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kesesuaian kemahiran dimiliki mereka,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk William @ Nyallau Badak (BN-Lubok Antu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula program membanteras jenayah menerusi hukuman buang daerah yang menurutnya tidak berkesan dalam memberi pengajaran kepada penjenayah yang terlibat.

Nur Jazlan berkata individu yang dikenakan hukuman sekatan itu juga diberikan peluang untuk mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu keluarga mereka sekiranya berkelayakan.

Dalam pada itu, beliau berkata adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada individu yang dibuang daerah atau disekat bagi peningkatan kadar jenayah di sesuatu kawasan.

Katanya, individu yang dibuang daerah biasanya menjalani hukuman itu selama dua tahun dan akan mengikuti proses pemulihan sebelum dibenarkan pulang ke tempat asalnya selepas selesai proses itu.

Menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang ingin tahu statistik terkini pemenjaraan wanita yang terlibat dengan dadah, Nur Jazlan berkata sehingga 9 Okt lepas, terdapat sebanyak 1,703 orang wanita dipenjarakan berkaitan kesalahan itu dengan 931 telah disabitkan, manakala 772 masih dalam reman. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan Mohamedhukuman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Dikurangkan, Najib Bebas Ogos 2028

Hukuman Dikurangkan, Najib Bebas Ogos 2028

02/02/2024
0

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak yang kini ditahan di Penjara...

Tanah Runtuh Cameron Highlands: Mayat Ditindih Pokok, Kepala Parah

Perintah ICJ ‘Tamatkan Era Israel Bebas Daripada Hukuman’ – PM Palestin

27/01/2024
0

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) malam tadi "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd