• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Penculikan Tamat Dengan Kematian Isnilon

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kejayaan pihak keselamatan Filipina menembak mati ketua kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Isnilon Hapilon dalam pertempuran terbaharu di Marawi, selatan Filipina adalah satu perkembangan positif yang diharap dapat menamatkan insiden penculikan khasnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata ia juga diharap dapat mengembalikan suasana aman di perairan Laut Sulu, sekali gus membolehkan semua aktiviti ekonomi berjalan seperti sebelum ini.

Pada masa sama, beliau meminta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memperketat kawalan di sepanjang sempadan perairan Malaysia-Filipina kerana khuatir kumpulan serpihan ASG akan melarikan diri ke Sabah untuk mengelak diburu pihak berkuasa Filipina.

“Mereka mungkin akan menyamar sebagai nelayan, pedagang atau pelancong untuk menyusup masuk ke Sabah dan keadaan ini harus diberikan perhatian semaksimum mungkin agar tahap keselamatan di Sabah boleh dikekalkan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau turut menggesa rakyat Sabah membantu pihak ESSCom dengan menyampaikan sebarang maklumat berkaitan kehadiran individu mencurigakan di kawasan masing-masing supaya tindakan pantas dan sewajarnya boleh diambil.

Portal berita The Phillipine Inquirer.Net hari ini melaporkan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mengesahkan Isnilon dan pemimpin Kumpulan Pengganas Maute, Omar Mauter terbunuh dalam pertempuran dengan anggota tentera Filipina di Marawi, selatan Filipina.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata rakyat Sabah berterima kasih kepada kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus memberikan tumpuan kepada usaha menjaga keselamatan dan kedaulatan negara khasnya di kawasan pantai timur Sabah. – BERNAMA

Tags: abu sayyafMohd Zaki Harry Susanto
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Maut Bangunan Kediaman Runtuh Di India

Next Post

Piala Malaysia: Polis Tahan 7 Penyokong Perak

Related Posts

Seorang Mangsa Culik Abu Sayyaf Terbunuh Di Sulu

30/09/2020
0

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik bersama empat yang lain oleh kumpulan Abu...

Indonesia Gelar Malaysia ‘Tak Efektif’ Tangani Kes Culik Nelayan

21/01/2020
0

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menggelarkan pihak berkuasa Malaysia “tidak efektif” susulan penculikan lima nelayan Indonesia minggu lepas di perairan luar...

Next Post

Piala Malaysia: Polis Tahan 7 Penyokong Perak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd