• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Grant Thornton Kendali Pemilihan CEC Dibantah

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan Grant Thornton, sebuah firma audit bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bagi mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar G. Asoghan mempersoalkan mengapa DAP melantik sebuah firma audit bebas di Amerika Syarikat sedangkan di Malaysia terdapat banyak firma audit bertauliah selain ia akan melibatkan kos pembayaran yang tinggi.

“Parti DAP ini di Malaysia bukannya di Amerika Syarikat. Jadi, mengapa melantik firma audit yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Di Malaysia ada banyak firma audit. Kita tidak mahu firma audit dari Amerika Syarikat ini. Firma audit ini siapa yang pilih? Jika DAP yang pilih kami ahli-ahli dan perwakilan membantah pelantikan ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Pada Sabtu lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan Grant Thornton oleh DAP bagi mengendalikan proses pemilihan semula CEC parti itu yang dijangka pada 12 Nov ini.

Asoghan berkata sebelum ini pihaknya ada mengemukakan cadangan beberapa buah firma audit bebas seperti Deloitte, Pricewaterhouse Coopers dan Ernst & Young untuk pertimbangan parti itu.

RoS Tidak Batal DAP Tetapi Kena Buat Balik Pemilihan

​​​​​​​​​​​​”Perwakilan juga ada kuasa untuk memilih firma audit bebas bagi mengendalikan pemilihan semula CEC parti. Mereka (DAP) mesti faham bahawa kami mahu pemilihan yang telus,” katanya.

Sementara itu, Asoghan sekali lagi menggesa DAP mengemukakan senarai penuh nama 2,576 anggota perwakilan yang layak mengundi berserta nombor kad pengenalan mereka untuk disiarkan dalam akhbar pelbagai bahasa.

Beliau berkata sehingga hari ini pihaknya masih menunggu jawapan daripada DAP untuk mempamerkan senarai nama perwakilan dari cawangan dan negeri termasuk firma bebas yang dilantik oleh parti itu.

“Kami ahli-ahli dan perwakilan hanya hendak DAP mengikut arahan RoS pada pemilihan tahun 2012. Kami hendak DAP memberitahu kami tarikh, tempat, senarai calon CEC, senarai perwakilan sah mengikut 865 cawangan dan 2,576 anggota perwakilan pada 2012.

“DAP sudah banyak buang masa dan menuding jari kepada RoS. Adakah DAP sengaja hendak memperbodohkan rakyat Malaysia ke atas kesalahan sendiri?,” katanya. – BERNAMA

Tags: CECDAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd