• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Hadapi PRU14 Dengan Lebih Yakin – Mah

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata keyakinan itu menjadi faktor penting untuk parti mempertahankan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 akan datang seterusnya membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Kami bertambah yakin dan tiada rasa bimbang dalam kalangan pemimpin dan anggota parti di peringkat negeri dan pusat untuk menghadapi PRU akan datang. Semangat dan keyakinan itu berbeza ketika menghadapi PRU13,” katanya.

Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Sabah di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan pemimpin dan anggota parti itu di semua peringkat untuk menyokong mana-mana individu yang dicalonkan BN dalam PRU akan datang termasuk di kawasan yang tidak diwakili parti itu.

Katanya memang terdapat ramai individu yang berkaliber dalam parti itu untuk dicalonkan tetapi semua pihak harus akur apabila pucuk pimpinan membuat keputusan.

“Apa yang penting adalah perlu mengutamakan bekerja sebagai satu pasukan dalam perjuangan parti dan memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang. Ia bukan sahaja menjadi elemen penting dalam parti malah dalam kerjasama dengan parti lain dalam komponen BN,” katanya.

Mah berkata banyak cabaran akan dihadapi pada PRU akan datang disebabkan ramai pengundi iaitu kira-kira 40 peratus adalah golongan muda berusia 21 hingga 39 tahun.

Justeru, katanya, pengundi muda ini harus didekati menggunakan medium digital yang sesuai agar mereka diberi maklumat yang betul dan tidak diperdaya oleh parti pembangkang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

16/09/2018
0

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd