• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Ragut Rantai Guna Pengetip Kuku Tumpas

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis Sepang menumpaskan sekumpulan empat wanita yang melakukan jenayah ragut barangan kemas yang dipakai kanak-kanak menggunakan pengetip kuku di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata modus operandi kumpulan berkenaan ialah mengikut kanak-kanak yang memakai barang kemas sebelum memotong rantai di leher atau tdi angan kanak-kanak berkenaan hingga putus apabila ibu bapa mereka leka membeli-belah di IOI City Mall.

Penahanan keempat-empat wanita berumur antara 18 dan 47 tahun itu adalah susulan laporan seorang wanita yang diterima pada 18 Okt lalu yang mendakwa rantai emas yang dipakai anaknya berusia tiga tahun disyaki diambil orang di pusat beli-belah terbabit.

“Hasil semakan pada kamera litar tertutup di tempat kejadian berjaya mengesan empat wanita yang menarik rantai emas anak pengadu. Sebelum itu keempat-empat mereka dilihat masuk ke kedai sebuah kosmetik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kira-kira 12.30 pagi pada 19 Okt, katanya pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Sepang berjaya menangkap empat orang wanita di kawasan parkir kereta pusat beli-belah berkenaan dan merampas barang kes.

Dengan penahanan berkenaan, Abdul Aziz berkata polis Sepang berjaya menyelesaikan empat kes ragut barangan kemas dan satu kes curi kosmetik di kedai Body Shop yang berlaku di pusat beli-belah tersebut pada 18 Okt.

Menurutnya, keempat-empat suspek dituduh di Mahkamah Sepang baru-baru ini.

Siasatan lanjut mendapati keempat-empat mereka aktif sejak 2010 dan mempunyai enam rekod jenayah lampau melakukan kesalahan yang sama di pusat beli-belah di utara tanah air.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata mulai hari ini akaun laman sosial Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang akan memaparkan gambar 30 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan pelbagai kes termasuk curi, merusuh dan pecah rumah.

Beliau juga berkata polis Sepang turut mencari seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Johari berhubung kes pembunuhan warga Bangladesh yang ditetak di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda pada 28 Okt lepas.

Johari dipercayai masih berada di dalam negara. – BERNAMA

Tags: ragut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

23/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Dua lelaki yang cuba meragut seorang wanita sedang berjalan di Persiaran KLCC, di sini, diberkas orang awam...

Rakaman CCTV Dipapar Terus Kepada Staf Bertugas

18/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam lif dipaparkan terus kepada kakitangan bertugas sebagai langkah pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd