• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelaran ‘Datuk Seri’ Dikecam, Eizlan Tak Kisah

oleh
25/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH menjadi lumrah apabila bergelar ‘public figure’ maka segala percakapan dan perbuatan pasti menjadi buah mulut netizen, tambahan pula jika ia melibatkan sesuatu yang bersifat spekulatif.

Perkara ini lah yang berlaku kepada pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof apabila pengurniaan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang diterima semalam menjadi kritikan orang ramai.

Baca: Gelaran ‘Datuk Seri’ Eizlan Pun Kena Kecam!

Bagaimanapun, pelakon itu memilih untuk tidak mengambil kisah tentang sebarang tohmahan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Menurut aktor berusia 46 tahun itu, beliau tidak terlalu memikirkan mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu isu itu membuatkan dirinya hilang fokus.

“Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka.

“Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?” katanya memetik mStar Online.

Tambahnya lagi, beliau telah memaafkan pihak yang sering menyindir dan mengkritik terhadap kejayaan yang dicapai selama ini.

Dalam pada itu, Eizlan berharap agar tiada lagi individu yang mempertikaikan mengenai penganugerahan tersebut di masa akan datang.

“Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya.

“Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.

“Gelaran ini adalah tanggungjawab kepada kami dan merupakan satu amanah yang diberi oleh institusi tersebut,” tambahnya.

Semalam, empat penggiat seni tanah air menerima penghargaan dengan penganugerahan gelaran Datuk dan Datuk Seri bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang disambut pada 24 Oktober lepas, di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Mereka ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan Jovian Mandagie. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Seri Eizlan Yusofeizlan yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Wanita Dituduh Membunuh Suami

Next Post

“Dah Settle, Tapi Zahirah Pula Kecoh” – Kamal Adli

Related Posts

Eizlan, Natasha Selamat Bernikah

13/12/2019
0

PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat menjadi suami kepada Natasha Rosa Boudville, 29,...

Siasatan Telus Kemalangan Libatkan Anak Eizlan – Polis

19/07/2019
0

SABAK BERNAM - Setiap siasatan termasuk melibatkan kes kemalangan dijalankan secara teliti dan telus mengikut prosedur siasatan yang telah ditetapkan,...

Next Post

"Dah Settle, Tapi Zahirah Pula Kecoh" - Kamal Adli

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd