• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di N.Sembilan 1-2 November

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengguna di beberapa kawasan di Rembau, Seremban, Port Dickson dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 1 dan 2 Nov ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan serta pencucian kolam imbangan dan tangki air.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gangguan bekalan air di kawasan berkenaan adalah selama 24 jam mulai 8 pagi (1 Nov).

“Kerja-kerja ini antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan,” katanya.

Di Rembau, kawasan terlibat ialah Taman Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kampung Pedas Batu 4 (kanan & kiri), Taman Pinggiran Pedas, Kampung Minching Baru, Sungai Ibor Batu 3, Kampung Minching Lama.

Taman Pedas Indah, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Kampung Sungai Ibor, Kampung Seberang Batu 2, Sekolah Kebangsaan Pedas, Kampung Seberang Batu 1, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lalah, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Bunga Raya dan Jalan Dato Keramat.

Selain itu, kawasan kolam Chembong, kedai makan Majlis Daerah Rembau, Taman Dato Lela Maharaja, Sekolah Menengah Dato Sedia Raja, Rumah Rakyat Chembong, Jalan Kampung Chembong, Kampung Berkat, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah, Kampung Chembong Air Hitam, Kampung Baru Chembong Air Hitam, kawasan perindustrian Chembong, Taman Desa Chembong dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong.

Di Seremban, kawasan terlibat ialah Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening.

Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kampung Sungai Sendayan, seluruh kawasan di Perindustrian Arab Malaysian, Taman Desa Ria, Taman Desa Saga serta seluruh kawasan Pantai dan Sikamat.

Di Port Dickson, kawasan terlibat ialah dari sekitar kawasan Kampung dan Pekan Air Kuning, Kampung Takau sehingga sekitar kawasan Kampung Tampin Linggi (Tampin kiri), sekitar Jalan Pekan Air Kuning, Kampung Barisan, Taman Desa PD, sebahagian kawasan Jalan Sua Betong, sebahagian kawasan Jalan Siliau, Batu 6 dan Batu 7 Jalan Seremban, Taman Vista Jaya Lukut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin, Lukut.

Sementara di Jempol, melibatkan keseluruhan kawasan perumahan Felda Bukit Rokan Barat.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk sebarang bantuan lanjut. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd