• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Adam Dan Hawa Bakal Diteruskan?

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH ingat dengan drama bersiri Adam dan Hawa yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2012 yang lalu?

Ya, drama yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa yang mampu memakukan mata para penonton dengan chemistry dan mutu lakonan yang dipersembahkan.

Baru-baru ini, dengar-dengarnya drama Adam dan Hawa ini akan ada kesinambungan menerusi supertelefilem yang bertajuk Dekatnya Cinta.

Apa yang lebih menarik lagi ialah Aaron akan bergandingan sekali lagi dengan Nadiya dan menjadi teraju utama supertelefilem itu.

Sudah pasti peminat drama Adam dan Hawa mengharapkan lakonan watak Ain Hawani dan Adam Mukhriz ‘menjadi’ walaupun sudah lima tahun tidak bergandingan bersama.

Menurut Nadiya, dia teruja untuk bergandingan bersama dengan ‘heronya’, tetapi dalam masa yang sama dia tidak menafikan agak berdebar untuk menjadi Ain semula.

“Saya akui agak gementar bergandingan semula dengan Aaron, maklumlah sudah lama kami tinggalkan cerita itu. Namun, saya juga teruja kerana ia dapat mengubat rindu peminat.

“Pastinya ada sedikit perubahan apabila kini garis halus mungkin sudah kelihatan pada wajah saya dan Aaron,” katanya dipetik BH Online.

Sementara itu, Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-24 ini tidak menyangka drama adaptasi novel Adam dan Hawa itu ada kesinambungan dan sambungannya.

“Jujurnya, saya tidak tahu pun drama adaptasi terbabit akan mempunyai kisah susulannya. Ia tentu saja perkembangan positif buat pengikut setia drama itu dan pembaca novelnya.

“Saya tidak menyangka Adam dan Hawa akan mencetuskan fenomena dan impaknya dirasai sehingga sekarang. Ada kalangan peminat yang masih bercakap mengenai drama itu apabila bertemu saya,” katanya.

Menurut teraju utama filem Terbaik Dari Langit ini lagi, gandingannya bersama Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) itu akan lebih mudah kerana pengalaman dan diri masing-masing yang lebih matang dalam kerjaya.

“Sudah tentu kami akan lebih mudah berbincang kali ini. Dulu, ketika menjayakan Adam dan Hawa, saya memang gementar bergandingan dengannya kerana masih baharu.

“Saya amat menghormatinya sebagai pelakon berpengalaman. Kini, pastinya semua akan berjalan dengan lebih santai. Tiada lagi rasa janggal antara kami,” ujarnya.

Supertelefilem Dekatnya Cinta yang diarahkan Feroz Kadir itu akan disiarkan di kaca televisyen pada tahun hadapan. Dengar-dengarnya pengambaran supertefilem ini sudah bermula. Good luck! – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: aaron azizAdam dan HawaDekatnya Cintanadiya nisaa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Kecam Rita Ajar Anak ‘Sambut’ Halloween

Next Post

RUU355: Mohon Batal Saman Mohamed Tawfik

Related Posts

Usah Panjangkan Lagi Isu Aaron Aziz – Syamsul Yusof

Usah Panjangkan Lagi Isu Aaron Aziz – Syamsul Yusof

25/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Pengarah filem The Original Gangster (TOG), Syamsul Yusof, 39, menjelaskan keputusan menggugurkan Datuk Aaron Aziz daripada senarai pelakon...

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

22/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya, Dahlia Arissa, 9, telah mengalami keracunan makanan...

Next Post

RUU355: Mohon Batal Saman Mohamed Tawfik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd