• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda DSaji Buka Dapur Katering Di Makkah

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Felda Middle East Sdn Bhd (FELME) yang beroperasi di Arab Saudi dengan jenama Felda DSAJI membuka sebuah dapur katering di Makkah bagi memantapkan unit penyediaan sajian kepada jemaah haji dan umrah.

Dinamakan ‘DSaji Malaysian Kitchen’, dapur katering yang terletak di Bathaq Quraish itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim pada Sabtu lepas sempena lawatan rasmi empat hari beliau ke Arab Saudi.

Ketua Pegawai Eksekutif FELME, Syed Fadil Syed Sofi berkata projek yang menerima kelulusan perbelanjaan tidak melebihi SR1.5 juta itu akan memulakan operasinya menjelang pembukaan musim umrah yang baharu bagi tahun 2017/2018.

“Dapur ini juga dijangkakan akan memberi persaingan yang besar dan perkhidmatan yang lebih baik kepada sektor pembekalan makanan di sekitar Makkah,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Tambahnya pembukaan dapur katering baharu itu merupakan satu lagi kejayaan syarikat selepas pembukaan premis ‘Food Court’ di Makkah dan Restoran Malaysia di Jeddah.

Syed Fadil berkata dapur katering itu mampu membekalkan sajian dengan kapasiti maksimum sehingga 20,000 orang dan bakal menyediakan masakan Malaysia serta juadah Asia dan antarabangsa berdasarkan permintaan pelanggan.

“Kehadiran DSaji Malaysian Kitchen diharapkan dapat memberi impak besar kepada jemaah Malaysia khususnya yang sentiasa memerlukan rasa asli makanan Malaysia di Makkah setelah beberapa hari meninggalkan tanah air untuk menjalani ibadah umrah atau haji,” katanya.

FELME mula membuka premis makanan berkonsep food court di Menara Al Safwah berhadapan Masjidil Haram sejak 2008 dengan menyediakan juadah yang popular di Malaysia dan beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu.

Pada 2015 FELME membuka sebuah Restoran Malaysia di bawah pengurusan kumpulan Felda yang pertama di Jeddah dengan kapasiti tempat duduk maksimum sehingga 100 orang.

Restoran itu menyediakan pelbagai juadah Malaysia dan Asia bagi memenuhi permintaan ekspatriat Malaysia, warga Arab Saudi dan jemaah Malaysia yang berkunjung ke Jeddah. – BERNAMA

Tags: Feldakatering
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM, PDRM Aset Penting Keselamatan Negara – PM

Next Post

APMM Tahan 2 Bot Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

APMM Tahan 2 Bot Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd