• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fattah Akui Fazura Hanya Seorang Sahabat

oleh
03/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NETIZEN baru-baru ini dihebohkan dengan kejutan pelakon, Fattah Amin menghadiahkan aktres jelita, Fazura 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.

Kejutan itu adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin yang ke-34.

BACA : 500 Kuntum Mawar ‘Surprise’ Fattah Buat Fazura

Hamboi… Romantik sungguh ya Fattah ni… Hmm, ramai yang beranggapan memang ada ‘sesuatu’ antara mereka ni.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh Fattah dengan mengatakan mereka hanya sekadar teman baik sahaja.

Memetik beberapa portal, pelakon tinggi lampai ini mengaku agak bimbang sekiranya cerita hubungan mesra bersama pelakon jelita tersebut disalah anggap sehingga menimbulkan isu dan kemarahan dalam kalangan netizen.

Ketika disoal tentang sejauh mana hubungan dengan Fazura, pelakon itu dilihat seakan cuba mengelak kerana bimbang jawapan itu akan disalah erti oleh peminat.

“Janganlah… nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tidak lebih daripada itu. 

“Sejujurnya, saya selesa dengan dia kerana kami pernah berlakon bersama dan dia juga seorang sahabat yang baik,” katanya lapor mStar Online.

Sementara itu, mengulas berkaitan kejutan buat Fazura baru-baru ini, Fattah menjelaskan hadiah tersebut hanyalah tanda ingatan sebagai seorang sahabat sahaja.

“Kalau nak tahu, angka 500 kuntum bunga mawar itu tidak membawa apa-apa maksud, itu hanya hadiah tanda persahabatan kami.

“Kalau saya nak bagi dua kuntum sahaja pun tak ada masalah, tak tahulah macam mana boleh timbul idea nak bagi 500 kuntum tu,” jelas Fattah.

Tambahnya lagi, sebelum ini Fazura pun pernah membuat kejutan semasa hari lahirnya. Jadi, Fattah beranggapan dia perlu membalasnya semula.

Fazura Memang Tidak Mahu 'Move On' Daripada Fattah

“Sebelum ini dia pernah buat kejutan semasa hari jadi saya, jadi saya rasa perlu balas semula,” tambahnya.

Pada 14 September lalu, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntum bunga mawar yang diterbangkan khas dari New York sempena ulang tahun kelahiran Fattah yang  ke-27 tahun.

BACA : Fazura Kirim 50 Kuntum Mawar Untuk Fattah Dari NY

Hubungan kedua-dua pelakon ini mula menjadi bualan hangat para netizen ketika gandingan bersama dalam satu drama rantaian arahan Michael Ang, Hero Seorang Cinderella.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Fattah AminNur Fazura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wang Sumbangan Sedang Diaudit Sebelum Diagihkan

Next Post

Lombong Tembaga Lama Tarikan Pelancongan Baharu

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

Next Post

Lombong Tembaga Lama Tarikan Pelancongan Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd