• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

eVAL Cepat Proses Perjalanan Pelajar Antarabangsa

oleh AK-47
07/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Surat Kelulusan Visa secara elektronik (eVAL) akan menjalani fasa percubaan bermula 15 Okt hingga 31 Dis tahun ini dalam usaha mempercepatkan proses perjalanan pelajar antarabangsa ke Malaysia.

Surat Kelulusan Visa (VAL) adalah dokumen yang diperlukan setiap pelajar antarabangsa untuk memohon ‘Single Entry Visa’ ke Malaysia (untuk pelajar-pelajar dari negara yang diwajibkan memiliki visa ke Malaysia).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata eVAL berkenaan merangkumi permohonan ke semua institusi pengajian tinggi serta pusat bahasa dan pusat kemahiran yang terpilih.

“Kami akan menguji dan menyelaraskan sistem terbabit di dalam tempoh ini sebelum pelancaran sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Education Malaysia Global Services (EMGS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata eVAL mengurangkan tempoh penyampaian dokumen ke tangan pemohon kepada sehari apabila pemohon boleh memuat turun dokumen dengan serta-merta melalui platform elektronik EMGS ‘Student Application and Registration System (STARS)’ sebaik Jabatan Imigresen mengeluarkan VAL berkenaan.

“Sebelum ini, VAL yang dikeluarkan Jabatan Imigresen akan diedarkan oleh EMGS kepada pihak institusi, yang seterusnya akan poskan dokumen tersebut kepada pemohon di negara asal dan ia mengambil masa selama sebulan,” katanya.

Mustafar berkata dengan salinan eVAL, pelajar daripada negara yang memerlukan visa untuk memasuki Malaysia boleh memohon ‘Single Entry Visa’ daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia atau pusat sehenti di luar negara.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata eVAL yang merupakan kolaborasi antara pihaknya dan Jabatan Imigresen membawa kepada proses yang lebih efisien dan efektif dengan penjimatan masa ketara untuk dokumen VAL sampai kepada pelajar.

“Dengan eVAL, lebih mudah dan cepat bagi pelajar untuk memulakan perjalanan ke Malaysia,” katanya.

EMGS merupakan sebuah syarikat milik penuh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi khidmat pelajar antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Politeknik Mampu Lahirkan Pekerja Mahir

Next Post

Pengaruh Kosmetik Halal Makin Kembang Di Barat

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

28/12/2018
0

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas...

Next Post

Pengaruh Kosmetik Halal Makin Kembang Di Barat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd