• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erma Sunting Joyah Vegas Dalam Mak Cun

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Mak Cun mungkin sudah terpahat dalam ingatan peminat-peminat drama Melayu.

Selepas drama Mak Cun 3 dan telefilem raya Mak Cun Pi Lombok, Erma Fatima selaku teraju utama watak Mak Cun bakal muncul dengan telefilem terbaru berjudul Mak Cun vs Joyah Vegas.

Apa yang menariknya, kali ini Erma bakal bergandingan dengan Joyah Vegas, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Nevada, Amerika Syarikat di dalam telefilem tersebut.

Khabarnya, telefilem ini akan mengetengahkan kisah hidup from rags to riches Joyah yang dulunya pernah menjadi seorang gelandangan di Kuala Lumpur dan kini sudah berjaya mempunyai 10 buah homestay di Las Vegas.

Joyah atau nama sebenarnya Pon Jumat terkejut apabila disunting Erma untuk berlakon dalam telefilem baharu tersebut.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama kisah hidupnya ditawar untuk dijadikan filem, namun tawaran itu sekadar terhenti di situ selepas tiada apa-apa berita mengenainya daripada individu-individu berkenaan.

“Erma hubungi saya tahun lalu dan menyatakan hasrat menghasilkan cerita saya. Terkejutlah kerana sudah lama saya tidak menonton drama Malaysia. Tetapi saya masih ingat, pada zaman 1980-an, Erma sangat cantik.

“Saya beritahu Erma, kalau betul hasratnya itu, datanglah ke Las Vegas. Ini kerana ramai yang berminat tetapi bayang pun tak nampak.

“Namun, Erma selalu mengirim WhatsApp dan memberitahu perkembangan projek telefilem itu,” katanya dipetik BH Online.

Kerana DIA aku sampai ke Vegas harini…insan yg hidupnya penuh warna. Aku teruja dgn perjalanan hidupnya..dari anak penoreh getah Felda..mempertaruhkn hidup d KL ketika berumur 17 tahun..merempat dari satu rumah ke satu rumah..pernah jd homeless d KL….harini dia ada 10 buah homestay d vegas. Sepanjang mlm aku jadi reporter mengorek rahsia hidupnya….dan ternyata kau seorang yg kuat dan tabah kak Joyah Vegas.

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on Sep 14, 2017 at 12:56am PDT

Tambah Joyah, Erma sudah pun berjumpa dengannya di Las Vegas selepas Erma terlibat dengan pertunjukan fesyen di New York Fashion Week 2017 kira-kira sebulan yang lalu.

“Pada mulanya, Erma minta saya pergi ke New York dan mahu menanggung semua perbelanjaan. Namun, saya tiada masa. Akhirnya, Erma yang datang ke Las Vegas,” katanya.

Dalam pada itu, Joyah tetap bersetuju untuk turut serta dalam telefilem tersebut walaupun sedar dirinya kurang berbakat.

“Mana tahu ada bakat, tetapi rasanya tak lepas kot? Watak yang diberi adalah diri saya sendiri.

“Dah tua baru nak cuba berlakonkan, ada yang terbakar lampu produksi mereka nanti,” selorohnya.

Jadi, tunggu sahaja hasil lakonan Joyah Vegas dalam telefilem Mak Cun vs Joyah Vegas nanti! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Joyah VegasMak Cun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazlina Cuma Mengajar, Ogy Mahu Jumpa Aiman

04/04/2018
0

ARTIS yang kena tampar tapi pihak pengurusan yang melatah lebih. Baru-baru ini, naik satu isu kononnya penyanyi Aiman Tino telah...

Aiman Bersyukur Dibantu Pelakon-Pelakon Hebat

02/04/2018
0

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, penyanyi, Aiman Tino bakal membuat penampilan sulungnya dalam dunia lakonan menerusi drama bersiri popular, Mak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd