• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dynas Mokhtar Tamat Zaman Solo April Depan

oleh AK-47
29/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar yang akan akan menamatkan zaman solonya pada April tahun hadapan!

Setelah empat tahun menjalani kehidupan ibu tunggal bersama dua orang anaknya, kini pelakon filem Impak Maksima ini bakal menamatkan era keseorangannya apabila selamat bertunang pada Khamis lalu.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah mengikat tali pertunangan bersama tunangnya, Shazrik Din di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan langkah ke gerbang perkahwinan.

“Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

“Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,” katanya dipetik BH Online.

Tambah menarik lagi, hari pertunangan mereka dibuat pada hari ulang tahun kelahiran Shazrik yang ke-35.

Sudah pasti mereka meraikan kedua-dua majlis itu dengan gembira. Khabarnya, mereka menyambut ulang tahun kelahiran Shazrin di sebuah restoran di ibu kota selepas majlis pertunangan itu selesai.

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut membantu menjayakan majlis tersebut.

Sementara itu, Dyanas menyatakan yang majlis pernikahannya itu akan diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan.

“Jika ditanya mengenai perancangan hari depan, kami sepakat untuk mengadakan pernikahan disusuli majlis resepsi kecil. Insya-Allah, ia akan berlangsung di sebuah dewan secara tertutup dan hanya dihadiri mereka yang rapat,” ujarnya.

Dalam pada itu, peminat-peminatnya turut membanjiri laman Instagram pelakon ini dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka.

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi! – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan…

Tags: bertunangDYNAS MOKHTAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fasha, Aidil Bertunang Tak Lama Lagi?

11/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Sejak beberapa hari lalu, kecoh kononnya pelakon jelita berstatus ibu tunggal,...

Bieber Bertunang Anak Aktor Baldwin

09/07/2018
0

BINTANG pop remaja, Justin Bieber dilaporkan bakal berkahwin apabila dia dipercayai melamar kekasihnya, Hailey Baldwin selepas mereka bercinta selama sebulan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd