• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSV Dan Pelajar Tahfiz Tunai Umrah 12 Oktober

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman tunaikan janjinya membawa mangsa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tunai umrah dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, pengasas Vida Beauty ini ada menyatakan hasratnya untuk bawa kesemua pelajar dan guru tahfiz yang terselamat dalam kebakaran yang meragut 23 nyawa 14 September lalu menunaikan umrah sebelum 20 Oktober.

Baca: Urusan Umrah Kanak-Kanak Tahfiz Sebelum 20 Oktober

Kini, janji itu ditunaikan apabila Vida sendiri mengesahkan akan berlepas ke Makkah menunaikan ibadah itu pada 12 Oktober ini.

“Alhamdulillah akhirnya janji untuk membawa anak dan juga guru akhirnya tercapai apabila kami dijangka berlepas 12 Oktober depan untuk menunaikan umrah,” katanya dipetik Harian Metro.

Khabarnya, kesemua 25 orang pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan sudah menerima visa khas daripadanya.

“Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah, dan doakan perjalanan kami selamat,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediaman arwah Datuk Maznah Abd Hamid di Ukay Heights, Ampang, hari ini.

Menurutnya lagi, kanak-kanak serta guru-guru ini dibawa ke Makkah untuk mengurangkan trauma dan sedikit sebanyak membantu untuk melupakan tragedi ngeri yang telah menimpa mereka beberapa minggu lalu.

Tindakannya itu dibuat kerana merasakan tragedi yang menyayat hati itu sangat dekat dirinya yang juga telah kehilangan dua orang anak dalam kebakaran di Ipoh, Perak suatu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Vida menyatakan perginya Maznah umpama satu kehilangan yang amat besar buat semua usahawanita di negara ini.

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Oct 4, 2017 at 9:52pm PDT

“Terus terang saya katakan, arwah menjadi inspirasi dan ikon buat saya untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

“Saya banyak berguru dengan arwah untuk melebarkan empayar perniagaan yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan untuk berjaya,” katanya.

Diharapkan semua urusan ibadah umrah bersama pelajar tahfiz berkenaan dipermudahkan dan dapat membantu membina kembali semangat mereka yang hilang akibat tragedi sedih itu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Datuk Seri VidaDSVKebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKLW Akan Beri Segala Kerjasama Diperlukan SPRM

Next Post

“Tergamak Roboh Rumah Bekas Pegawai Masjid”

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

"Tergamak Roboh Rumah Bekas Pegawai Masjid"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd