• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Subramaniam Ketuai Delegasi Ke Mesyuarat WHO

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pasifik Barat ke-68 yang bermula esok di Brisbane, Australia.

Dr Subramaniam yang bakal menamatkan penggal sebagai Pengerusi Pejabat Serantau WHO bagi Pasifik Barat, dijadualkan memberi ucapan alu-aluan pada pembukaan sesi serta mempengerusikan jawatankuasa sehingga pemilihan pengerusi baharu dibuat.

“Menteri juga akan berkongsi kisah-kisah kejayaan penjagaan kesihatan Malaysia termasuk mengenai strategi keselamatan ubat-ubatan semasa pelancaran serantau Cabaran Keselamatan Pesakit Global Ketiga: Ubat-ubatan tanpa Bahaya pada 10 Okt,” demikian menurut kenyataan kementerian itu hari ini.

Pada sesi ke-68 itu, Menteri akan menggesa negara anggota jawatankuasa untuk terus membangunkan sistem kesihatan yang mampan dan berprestasi tinggi bagi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan penduduk di rantau Pasifik Barat.

Menurut kenyataan itu mesyuarat akan membincangkan agenda kesihatan utama iaitu menghapuskan campak dan rubela; melindungi kanak-kanak daripada impak berbahaya pemasaran makanan; promosi kesihatan dalam Matlamat Pembangunan Lestari; penghapusan transmisi HIV, hepatitis B dan sifilis daripada ibu kepada anak; transisi kepada pembiayaan bersepadu perkhidmatan kesihatan awam utama; dan keselamatan makanan.

Mesyuarat menghimpunkan pegawai dan pakar kesihatan dari 37 negara anggota dan wilayah-wilayah Pasifik Barat itu bertemu setiap tahun bagi menggubal dasar dan meluluskan belanjawan serta program kerja.

Rantau Pasifik Barat, satu daripada enam rantau WHO, didiami kira-kira 1.8 bilion penduduk iaitu lebih satu perempat populasi dunia. – BERNAMA

Tags: who
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penangkapan Pengganas Cetus Kegelisahan Sosial

Next Post

Bekalan Sotong Di Terengganu Selamat Dimakan

Related Posts

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

WHO Mahu Akses Terhadap Ujian Diagnostik Mpox Dipercepat, Diperluas

WHO Mahu Akses Terhadap Ujian Diagnostik Mpox Dipercepat, Diperluas

30/08/2024
0

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta syarikat pengeluar berkaitan supaya mengemukakan produk perubatan masing-masing untuk semakan kecemasan, bertujuan mempercepatkan...

Next Post

Bekalan Sotong Di Terengganu Selamat Dimakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd