• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Tak Faham Tajuk Berita, Ini Luah Fathia…

oleh
15/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kicauan Twitter pelakon sensasi, Fathia Latiff atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff dilihat mendominasi di media sosial.

Baru sahaja reda dengan episod video viral menunjukkan aset dan berkemban, kini Fathia yang dikatakan agak cenderung pembangkang; sekali lagi ‘menjerut diri’ dengan kontroversi baharu.

Semalam, nama pelakon ini tercalar apabila dikecam kerana salah mentafsir tajuk artikel, Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050 yang disiarkan dalam sebuah portal online.

Baca: Perang Twitter, Redza Minhat ‘Nasihat’ Fathia Latif

Ekoran teruk dikecam oleh netizen, Fathia akhirnya tampil bersuara memberi pencerahan berhubung kontroversi yang melanda dirinya itu demi menutup keaibannya.

Menurut Fathia, 29, dia sebenarnya sedar dan faham tentang tajuk berita berkenaan tetapi sengaja memuat naik posting dalam bentuk sarkastik tersebut di laman Twitter.

Tambahnya, ia hanyalah sebagai pandangan peribadi selepas melihat keadaan ekonomi negara yang konon tidak menentu di sebalik laporan terkini Bank Dunia yang memberi imej positif kepada ekonomi Malaysia!

Namun, tidak sangka pula kenyataan berbaur agak antikerajaan itu menjadi tular sekali gus mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen khasnya yang tegar prokerajaan Barisan Nasional.

“Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja tweet dalam bentuk sarkastik.

“Saya menerima paparan skrin berita itu daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara kurang memuaskan sekarang ini.

“Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.

“Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata,” jelasnya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Fathia juga menegaskan, dia tidak berniat mempertikaikan kenyataan artikel tersebut. Sebaliknya, hanyalah sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat untuk merubah ke arah yang lebih baik.

“Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius.

“Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

“Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita.

“Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif,” dalihnya.

Sementara itu, berbekalkan ilmu pengetahuan dalam jurusan undang-undang yang dipelajari, Fathia akui tidak berasa tertekan meskipun menerima kecaman hebat.

“Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini. Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat.

“Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan,” ujar pelakon berkenaan.

Hmmm… Entah apa agaknya yang bermain dalam fikiran pelakon bertudung ini pada ketika itu ya? So, lepas ni kenalah berhati-hati dalam berkata terutama bab ekonomi Malaysia yang sebenarnya stabil.

Apatah lagi sebagai golongan artis, setiap perlakuan dan status di laman sosial pasti menjadi perhatian. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: dikecamFathia Latiff
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Dikecam Netizen Gara-Gara #NotmyPm

04/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Tindak-tanduk Datuk Seri Mujahid Yusof memuat naik gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan #notmypm nampaknya ‘memakan’ diri sendiri....

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd