• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Delegasi BIMP-EAGA Bertemu, Kerjasama Pelancongan

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Peneraju perniagaan Malaysia hari ini bertemu dengan rakan-rakan mereka dari Brunei, Indonesia dan Filipina untuk meneroka usaha sama dalam sektor pelancongan.

Mereka terdiri daripada wakil-wakil Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) yang menghadiri Mesyuarat Kelompok Pembangunan Bersama Pelancongan BIMP-EAGA ke-14 (Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina) di sini dari 24 hingga 27 Okt.

Penerokaan delegasi itu antaranya, membabitkan ekopelancongan berasaskan komuniti, tapak-tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), taman laut dan negara, acara-acara utama, pelancongan halal dan masakan.

Mereka juga membincangkan tentang pembangunan dan promosi ekopelancongan, destinasi pelancongan, litar pelancongan (intra dan antara wilayah), promosi bersama serta aktiviti pemasaran, penyertaan dalam ekspo tempatan dan antarabangsa termasuk acara di negara masing-masing.

Isu-isu lain yang dibincangkan adalah akses pelancongan, penyambungan, infrastruktur untuk ke tapak ekopelancongan, hubungan udara, pelancongan pelayaran, pembangunan sumber manusia (ekopelancongan yang lestari dan piawaian ASEAN) dan data pelancongan.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang menyambut kedatangan seramai 46 delegasi terbabit, memberitahu mesyuarat itu akan banyak menyumbang kepada usaha pulau berkenaan bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam lingkungan BIMP-EAGA, termasuk mempromosikan pelancongan.

“Lawatan ini merupakan peluang besar bagi Labuan untuk mempamerkan produk-produk tempatan kami kepada rakan-rakan EAGA.

“Kami menjangkakan sesi pada tahun depan akan mencatatkan kejayaan khususnya dalam memuktamadkan perkongsian dan membangunkan usaha sama yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut,” katanya kepada Bernama.

Rozman, yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, berkata kerajaan sentiasa menggalakkan lebih banyak kumpulan perniagaan daripada sub serantau ini secara aktif mengambil bahagian dalam usaha sama perniagaan antara EAGA.

“Sektor swasta EAGA turut memainkan peranan penting untuk mencorak suasana perniagaan sub-serantau dan kami mahu mereka meneruskan usaha sama yang akan memperluaskan liputan pasaran mereka,” katanya.

Katanya, sebagai satu-satu hab minyak dan gas serta kewangan antarabangsa Malaysia, Labuan mampu menawarkan lebih banyak lagi khususnya dari segi peluang-peluang pembangunan pelaburan dan pelancongan. – BERNAMA

Tags: BIMP-EAGA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd