• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Vida Terima Kejutan Kek Harga RM26K

oleh
04/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH perkarangan Pavilion Kuala Lumpur apabila pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman tiba dengan Lamborghini berwarna merah jambu miliknya di Red Box Plus, hari ini.

Kehadiran jutawan kosmetik tersebut di perkarangan pusat beli belah itu adalah bersempena majlis pelancaran klip muzik video lagunya, I Am Me.

Vida dilihat tampil berbaju tidur berona sedondon dengan warna kereta mewah itu berjaya mencuri perhatian ramai peminat dan pelancong yang berada di lokasi.

Vida yang memandu sendirian Lamborghini berkenaan dikatakan sempat bertegur sapa dengan para peminat sebelum menuju masuk ke tempat pelancaran.

Ketika majlis, Vida telah dikejutkan dengan sebiji kek seberat 87 kilogram yang berwarna merah jambu dan putih.

Kek tersebut dihiasi dengan replika wang pelbagai negara. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga patung dirinya di dalam tab mandi yang diletakkan di atas kek berkenaan.

Apa yang lagi menarik, harga kek yang sarat dihiasi dengan batu perhiasan kristal Swarovski itu mencecah sehingga RM26,000.

“Terima kasih kepada yang menghadiahkan kek ini dan ia benar-benar melambangkan diri saya,” katanya dipetik mStar Online.

Vida memaklumkan muzik video, I Am Me diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar itu menampilkan konsep mewah, glamor, cekal dan ranggi.

Penggambaran muzik video yang dilakukan selama dua minggu di kediaman mewahnya di Ipoh, Perak itu telah melibatkan kos sehingga RM1 juta untuk disiapkan.

“Alhamdulillah muzik video lirik I Am Me sebelum ini mencecah 9 juta tontonan dan berharap peminat akan menyukai muzik video terbaharu ini.

“Saya mencurahkan pelbagai idea untuk menghasilkan muzik video ini dengan bantuan Ghaz dan dia telah merealisasikannya dengan baik,” kata Vida.

Sementara itu, menurut Ghaz pula, proses suntingan muzik video tersebut baru sahaja disiapkan oleh beliau sekitar jam 3 pagi Rabu tadi.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Datuk Seri VidaDSVI Am Me
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlu Tahu 3 Faktor Punca Filem ‘Letup’: Norman KRU

Next Post

Pembangkang Takut Murid Tahu Fakta Sejarah Merdeka

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Pembangkang Takut Murid Tahu Fakta Sejarah Merdeka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd