• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Jalaluddin Hassan Bakal Naik Pelamin

oleh
10/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS setahun kehilangan isteri tercinta, Datuk Jalaluddin Hassan kini sudah bersedia untuk menggantikan tempat Allahyarhamah Datin Hasimah Mat Ehsan.

Difahamkan, wanita berusia 44 tahun yang telah berjaya memikat hati Jalaluddin itu merupakan kenalannya menerusi akaun Facebook.

Menurut Jalaluddin, 63, wanita tersebut merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak yang berasal dari Serkam, Melaka dan dikenali sebagai ‘YR’. Amboi, sweetnya!

Perkenalan itu bermula dengan ucapan ‘Selamat Berpuasa’, kemudian mereka bertemu pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri rakan baik pelakon tersebut.

“Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup. Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya.

“Tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan,” katanya yang dipetik daripada Astro Gempak.

Dengarnya inilah wajah bakal isteri baru Datuk Jalaluddin Hassan. Manis orangnya. Patutlah terpikat!

Tambah Jalaluddin lagi, bapanya, Tan Sri Hassan Azahari sering menasihatinya agar segera berkahwin kerasa kasihankan anak lelakinya itu.

“Ayah saya betul-betul mahukan saya berkahwin secepat mungkin tetapi saya masih belum bersedia.

“Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya perlukan seorang isteri pada masa ini terutama untuk menjaga kebajikan saya,” katanya lagi.

Namun, menurut pelakon hebat ini, dia memerlukan sedikit ruang untuk membuat keputusan memandangkan keadaan kesihatannya yang sedikit terjejas sehingga perlu bermalam di hospital minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon itu pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur apabila pengsan pada 2 Oktober yang lalu selepas menjadi tetamu bagi program bual bicara pagi TV AlHijrah, Assalamualaikum.

Pada 5 November tahun lalu, Jalaluddin telah kehilangan isteri tercinta kerana mengalami pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan paru-paru berair.

Mungkin sudah sampai masanya untuk pelakon yang sering membawa watak sebagai usahawan ini menamatkan zaman dudanya. Nanti ada lah orang boleh jaga makan minum kan! – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Datuk Jalaluddin Hassankahwin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 50,000 Pengundi Hantu Hanya Rekaan

Next Post

“Tak Guna Punya Pensyarah Universiti”

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

Next Post

"Tak Guna Punya Pensyarah Universiti"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd