• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Bersalin 90 Hari Manfaatkan Pekerja, Syarikat

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelepasan cuti bersalin 90 hari bagi wanita yang bekerja di sektor swasta, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2018, akan memberi lebih tempoh pemulihan kepada wanita berkenaan serta dijangka memanjangkan kerjaya dan meningkatkan tahap produktiviti mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata majikan sektor swasta harus menyokong cadangan itu kerana ia akan menjadikan kakitangan wanita lebih berdedikasi terhadap kerjaya apabila kebajikan mereka terjaga.

“Lebih banyak kita menjaga kebajikan pekerja wanita, lebih banyak yang boleh disumbangjkan mereka. Majikan yang baik akan memudahkan, dan saya yakin mereka akan lebih berdedikasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan WomenFest Malaysia 2017, di Bangunan MATRADE, di sini. hari ni.

Beliau berkata tempoh rehat lebih panjang selepas bersalin dapat memastikan kakitangan wanita kembali sihat sebelum memulakan kerja, dan sehubungan itu, orang ramai perlu menyokong tindakan itu.

Ketika membentangkan Bajet 2018 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari, seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga akan mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keanggotaan lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk badan berkanun sebelum akhir tahun hadapan sebagai langkah menjayakan Tahun Memperkasa Wanita pada 2018.

Dalam soal kebajikan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak pula, Najib mengumumkan bantuan RM1.7 bilion termasuk menaikkan elaun bulanan warga emas dari RM50 ke RM350, elaun OKU kepada RM100, dan juga bantuan RM245 juta kepada kanak-kanak keluarga miskin.

Mengulas lanjut, Rohani berkata kementerian juga akan melaksanakan lebih banyak program menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam usaha memaksimumkan lagi program yang digariskan dalam bajet kepada kumpulan sasar.

“Banyak faedah di masa depan kalau kita buat cara NBOS, contohnya duit (peruntukan) boleh dikongsi. Dengan adanya NBOS, semua pihak dapat menyumbang tenaga dan idea,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian majlis itu, Rohani memuji penganjur kerana menyediakan platform bagi usahawan-usahawan wanita memperomosi produk mereka kepada pelanggan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd