• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Minta Antarabangsa Cepat Proses Damai

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – China pada Rabu telah meminta agar lebih banyak usaha dilakukan bagi menangani isu Palestin dan berkata komuniti antarabangsa harus memiliki sikap kesegeraan dalam mencari satu penyelesaian politik, lapor agensi berita China Xinhua.

Isu Palestin merupakan pokok persoalan krisis di Timur Tengah dan punca kebanyakan masalah di rantau itu, kata Wu Haitao, yang bertanggungjawab dalam misi China ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pada sesi hujah Majlis Keselamatan badan dunia berkenaan.

Palestin dan Israel adalah jiran yang berkongsi nasib, jadi mempercepat penyelesaian politik isu Palestin menerusi dialog dan rundingan merupakan kepentingan asas rakyat kedua-dua pihak serta kondusif untuk keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu, katanya.

Beliau memberi amaran bahawa situasi Palestin-Israel adalah rapuh, konflik yang memfokus kepada petempatan agak sensitif dan situasi kemanusiaan di Gaza amat meruncing.

Pada masa sama, desakan dan aspirasi penduduk Palestin untuk membetulkan kesilapan sejarah dan meneruskan pelaksanaan hak nasional mereka yang tidak diiktiraf adalah kuat.

Beliau turut meminta usaha dilipatgandakan untuk mencari penyelesaian politik berdasarkan solusi dua negara, yang disifatkannya sebagai paling sesuai dengan realiti di rantau ini serta mendapat pengiktirafan meluas masyarakat antarabangsa dan dituntut oleh resolusi Perhimpunan Agung PBB.

China menyokong segala usaha ke arah perdamaian antara Palestin dan Israel, katanya.

China turut memuji usaha diplomatik Mesir untuk mempelopori perjanjian damai antara pergerakan Fatah dan Hamas baru-baru ini.

Wu juga berkata China akan mengikuti panduan umum cadangan empat perkara yang diketengah Presiden Xi Jinping berhubung isu Palestin dan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mencari satu penyelesaian politik. – BERNAMA

Tags: Isu Palestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendatang Haram Israel Halang Laluan Ambulans Palestin Dengan Kereta Di Baitulmaqdis

Pendatang Haram Israel Halang Laluan Ambulans Palestin Dengan Kereta Di Baitulmaqdis

06/12/2025
0

BAITULMAQDIS – Sebuah ambulans Bulan Sabit Merah Palestin yang sedang membawa pesakit ke hospital dilaporkan dihalang oleh seorang pendatang haram...

Rakyat Palestin Mulai Pulang Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata Bermula

Rakyat Palestin Mulai Pulang Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata Bermula

10/10/2025
0

RAKYAT PALESTIN MULAI PULANG KE RUMAH SELEPAS GENCATAN SENJATA BERMULA Oleh: Meja Antarabangsa Mynewshub GAZA CITY, 10 Okt – Sebahagian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd