• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunga Fabrik Bentuk Kalimah Asma’ Al-Husna

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Cantuman 10,000 kuntum bunga fabrik yang membentuk 99 kalimah Asma’ al-Husna (Himpunan 99 nama Allah) menjadi tarikan utama pameran jahitan kreatif bunga fabrik yang berlangsung di sebuah pasar raya di sini.

Pengarah Pemasaran Pusat Latihan Kraftangan Epal, Eric Chua berkata jahitan berkonsepkan kesenian Islam itu hasil perbincangan dan usahasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK).

“Sebelum ini kami telah catat rekod Guinness World of Records melalui penghasilan jahitan beg terbesar dan sofa terpanjang. Kali ini kami cuba ketengahkan sesuatu yang berbeza iaitu kesenian khat hasil cantuman bunga yang dilihat lebih dekat dengan masyarakat negara ini.

“Ternyata idea ini mendapat perhatian ramai sekali gus menyuntik semangat khalayak untuk mempelajari seni kreatif ini yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Pameran Seni Jahitan Kreatif Bunga Fabrik Paling Banyak di Dunia yang pada November tahun lepas telah diiktiraf oleh Guinness World Of Records, di sini, hari ini.

Pameran jahitan kreatif itu mengetengahkan 63,682 kuntum bunga fabrik dihasilkan enam bulan lepas oleh lebih 1,000 tenaga kerja termasuk pelajar, banduan dan badan sukarela di seluruh negara.

Pameran yang berlangsung selama enam hari bermula hari ini dimeriahkan dengan penglibatan perintis ‘Handmade Market’ yang membuka gerai jualan produk seni jahitan tangan selain menyediakan perkhidmatan bengkel jahitan secara percuma.

Eric berkata pameran tersebut yang memasuki tahun keempat itu telah berjaya melahirkan ribuan usahawan dalam bidang jahitan dan berjaya meraih pendapatan melebihi lima angka sebulan.

“Kami akan sentiasa berusaha membuka minda masyarakat melalui pameran seumpama ini untuk menyalurkan maklumat bidang jahitan kreatif selain membantu memasarkan produk mereka,” katanya.

Pameran tersebut sedang menjelajah ke seluruh negara dan Kelantan adalah negeri kelima penganjurannya. – BERNAMA

Tags: Eric Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd