• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Nganga Mulut Ketuk Pintu Rumah Dengan Ekor

oleh
19/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bayangkan kejadian pelik ini. Buaya naik sampai ke depan rumah penduduk bernama Pak Sugian dan Ibu Enor di Sampit, Kalimantan Tengah.

Ketika itu sudah waktu tengah malam. Kedua-dua penduduk berkenaan terdengar bunyi seperti orang mengetuk pintu dan mereka pun membukanya.

Apabila dibuka, bukan manusia yang berada di depan mereka, tetapi seekor buaya besar dengan mulutnya masih lagi ternganga! Punyalah terperanjat di tuan rumah.

Akibatnya, si pemililk rumah lintang pukang lari ke bahagian dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Mujur, buaya tersebut pula segera masuk kembali ke dalam sungai.

Demikian kisah lucu tapi agak seram yang diceritakan seorang Pegawai Daerah di Sampit, bernama Eddy Mashami seperti ditukil agensi berita Indonesia, Antara.

Beliau menambah, “suara ketukan (ke pintu) itu diduga (dipercayai) berasal dari kibasan ekor buaya tersebut ke pintu rumah berkenaan.”

DULU 3 BULAN SEKALI BUAYA KELIHATAN, KINI HARI-HARI!

Lantaran kemunculan dan ancaman serangan buaya yang semakin menjadi-jadi itu, para penduduk yang tinggal di dataran Sungai Mentaya di Kalimantan Tengah, kini menjadi semakin ketakutan.

Beberapa hari lalu, buaya muncul pada waktu malam semasa air pasang, sehingga reptilia ganas itu mudah naik ke dataran sungai. Bahkan, naik ke rumah orang.

Reptilia sungai itu dipercayai naik ke darat untuk menjadikan haiwan ternakan para penduduk kampung seperti ayam dan itik sebagai mangsanya.

Dahulu, buaya jarang sekali terlihat. Paling tidak sekali dalam tiga bulan. Namun kini, hampir setiap hari ada sahaja kemunculan buaya yang dilihat para penduduk.

Ekoran kejadian-kejadian seperti itu, para penduduk kini semakin berhati-hati menjalankan aktiviti mereka di sungai.

TIDAK LAGI BUANG AIR KECIL/BESAR DI SUNGAI

Lantaran ketakutan, sebilangan penduduk enggan membuang air kecil atau besar di sungai seperti lazimnya. Sebaliknya mereka berbuat demikian di darat kerana takut dibaham buaya, khususnya pada waktu malam.

“Tadi malam ada lagi warga Desa Hanaut yang melaporkan melihat buaya muncul dekat rumah mereka. Dua hari lalu ada empat buaya berjejer di pinggir sungai saat surut.

“Buaya berukuran dua meter itu sudah pun termasuk kategori berbahaya kerana bisa (dapat) memangsa manusia,” kata Eddy lagi.

Di kawasan tersebut, pada tahun 2016 sahaja, empat orang dilaporkan diterkam buaya. Hanya satu sahaja mayat korban berjaya ditemui semula sementara tiga lagi masih hilang sehingga saat ini. – BERNAMA/HAA

Tags: BuayaIndonesia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penguat Kuasa Gagalkan Cubaan Seludup 50 Tong Gas

Next Post

Tiga Beranak Mengaku Salah Dera Dua Beradik

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Tiga Beranak Mengaku Salah Dera Dua Beradik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd