• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bot Klon’ Guna Bendera Kelantan Kaburi Mata

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Taktik empat bot klon nelayan asing menggunakan bendera Kelantan untuk memasuki perairan Terengganu gagal memperdaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim DM9, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata dalam kejadian 5 petang semalam, seramai 33 awak-awak termasuk tekong yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun turut ditahan dalam Operasi Perkasa Timur hasil maklumat orang awam dan nelayan tempatan.

“Nilai rampasan kesemua bot dan peralatan menangkap ikan dianggarkan sebanyak RM4.8 juta yang mana setiap satu bot dianggarkan RM1.2 juta dan kita juga turut merampas 11,000 kilogram hasil tangkapan laut beserta 12,500 liter minyak diesel.

“Kesemua bot nelayan itu disyaki memiliki dokumen dan lesen meragukan yang mana mereka ditahan pada kedudukan berbeza iaitu lebih kurang antara 28 hingga 32 batu nautika dari muka muara Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Rahim berkata kesemua bot didapati menggunakan nombor pendaftaran sebagaimana bot tempatan yang berdaftar di negeri Kelantan dan Terengganu.

“Dalam kes ini dipercayai mereka (nelayan) menggunakan nombor pendaftaran serta mewarnakan bot seperti bot tempatan dan mereka menggunakan pengalaman semasa bekerja di perairan negeri ini bagi membolehkan pengklonan bot dilakukan nelayan asing dipercayai didalangi oleh pengusaha tempatan yang cuba mengaut keuntungan secara mudah,” katanya.

Menurutnya kesemua bot berkenaan dibawa ke Daerah Maritim 9 untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan bot tidak berdaftar secara sah dan Kanun Keseksaan Akta 574.

Jika disabitkan kesalahan tekong boleh didenda tidak kurang RM1 juta dan awak-awak boleh dipenjara tidak lebih enam bulan, katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd