• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Pesta Arak: 3 Termasuk Pelajar Sekolah Ditahan

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki termasuk pelajar sekolah tingkatan enam di sebuah restoran di Pasir Puteh, Kelantan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ketiga-tiga mereka ditahan 8.17 malam pada 10 Oktober lepas oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

Katanya kesemua mereka disyaki terlibat dalam merancang melakukan serangan di Better Beer Festival 2017, pusat hiburan dan rumah ibadat di sekitar Lembah Klang menggunakan ‘Improvised Explosive Device’ (IED) yang dihasilkan sendiri.

Mohamad Fuzi berkata suspek pertama berusia 19 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada November ini dan dipercayai mempunyai kemahiran dalam IED serta perancang utama serangan Better Beer Festival 2017.

Menurutnya suspek kedua berusia 34 tahun merupakan bekas anggota Tentera Darat dan dipercayai terlibat untuk mencari dana untuk menampung kos menghasilkan IED.

“Suspek ketiga pula berusia 25 tahun, berasal dari Perak bekerja sebagai kontraktor binaan serta dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ‘Gagak Hitam’ yang terlibat dengan melakukan letupan di sebuah pusat hiburan di Puchong tahun lepas,” katanya pada sidang media khas, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata mereka dipercayai menguji IED berkenaan di sebuah kawasan lapang pasa 28 Sept lepas dan siasatan mendapati bahan letupan berkenaan mempunyai kesan sehingga 30 meter.

Katanya, polis turut merampas bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan IED antaranya paip PVC, bateri, mercun bola, bunga api, kabat, mancis api, wayar, dua telefon bimbit selain satu buku tulis dan sekeping kertas gambar IED yang dipercayai digunakan sebagai formula.

Sementara itu, Mohamad Fuzi menambah sejak Januari sehingga kini sejumlah 78 individu ditahan di negara ini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan.

Katanya, 53 rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti keganasan masih berada di Syria dan lima lagi di Filipina.

Dalam perkembangan lain, menjawab isu mengenai kehilangan warga Bangladesh, Golam Rabbani, yang telah diusir kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan militan, Mohamad Fuzi berkata Golam Rabbani diiringi pegawai dan pihak berkuasa Bangladesh ketika menaiki pesawat.

“Isu dia (Golam Rabbani) hilang tidak mungkin berlaku kerana tidak ada transit, pesawat yang dinaiki dari Kuala Lumpur ke Bangladesh. Dakwaan ini tidak tepat sama sekali,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Golam Rabbani, yang diusir pada awal tahun ini masih tidak dapat dikesan sejak 19 Julai lalu. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bentong Jadi Bandar Pintar Pertama Bawah OBOR

Next Post

Jadikan Dusun Durian Tempat Tarikan Pelancong

Related Posts

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Isu

08/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum...

83 Individu Ditahan Kes Rusuhan Kuil Setakat 8 Pagi

04/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia setakat ini telah menahan 83 individu untuk membantu siasatan kes kekecohan di Kuil Sri...

Next Post

Jadikan Dusun Durian Tempat Tarikan Pelancong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd