• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berlian Terbesar Dunia Bakal Dijual RM126 Juta

oleh
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Berlian berwarna merah jambu, Pink Raj yang disifatkan ramai pakar permata sebagai berlian terbesar di dunia; bakal dijual pada harga pembukaan AS$30 juta (kira-kira RM126 juta).

Ia yang kini dipamerkan di premis firma lelongan terkenal Sotheby di sini minggu ini, akan ditawarkan kepada awam pada satu acara lelongan di Geneva, Switzerland yang dijangka berlangsung pada bulan depan.

Berlian seberat lebih 37 karat ini, dihasilkan pada 2015 dan dilelong oleh seorang pemilik yang tidak diketahui identitinya. Sebelum ini, cincin berlian seperti ini harganya mencecah AS$1 juta (RM4.2 juta) bagi setiap karat.

“Bentuknya cantik. Ia ada lapisan kusyen dan mempunyai gemerlapan dari semua sudut apabila jari anda bergerak dangan berlian ini melingkari di jari anda,” kata seorang pakar kanan barang kemas Sotheby, Daniela Mascetti.

Pada November 2010 di Geneva, sebutir berlian juga berwarna merah jambu dengan berat 24.78 karat berjaya dijual pada harga lebih AS$46 juta (RM194 juta) iaitu harga rekod bagi setiap karat untuk berlian jenis warna tersebut.

Untuk rekod, berlian terberat pernah ditemui sepanjang sejarah; memiliki kadar 3,106 karat. Batu permata tersebut diberi nama Cullinan Diamond dan ditemui di Afrika Selatan pada 1905 lalu namun harganya tidak pula diketahui.

Manakala berlian paling sempurna seberat 100 karat yang juga berasal dari sebuah lombong di Afrika Selatan pula berjaya dijual dengan harga AS$22.1 juta (RM79.5 juta) di New York pada 2015. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: berlianSotheby
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

19/07/2019
0

PENYANYI Indonesia Firman Siagian mendakwa subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. Firman, 40, berkata, barang...

Vida Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

17/07/2019
0

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd