• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkeley Corner Terpaksa Hentikan Operasi

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Berkeley Corner, restoran makanan India yang popular di Klang, terpaksa menghentikan operasi selepas syarikat pengendali premis itu, Kayangan Mentari Sdn Bhd, gagal dalam permohonan memperoleh kebenaran merayu bagi mendapatkan hak milik tanah daripada kerajaan negeri Selangor.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan itu dengan alasan persoalan perundangan yang diajukan tidak memenuhi peruntukan menurut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang bersidang bersama Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Balia Yusof Wahi juga memerintahkan Kayangan Mentari, selaku perayu, membayar kos RM5,000 kepada responden iaitu Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Klang.

Pada 14 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak semakan kehakiman yang difailkan syarikat pengendali restoran itu dan ia juga telah disahkan Mahkamah Rayuan pada 10 April 2017.

Berkeley Corner mula beroperasi pada tahun 2000 apabila mendapat lesen pendudukan sementara (TOL) daripada kerajaan negeri Selangor. Selepas 2004, lesen itu tidak boleh diperbaharui lagi namun restoran itu terus beroperasi sehingga sekarang di atas tanah yang telah diwartakan sebagai kawasan awam.

Pada 12 Sept lepas, pemilik restoran itu Muthusamy Thirumeni mencabar seorang exco Selangor membuktikan dakwaan tanah yang diduduki premis itu perlu diambil alih pihak berkuasa bagi pembinaan sebuah kolam takungan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan sekitarnya.

Dalam sidang media yang diadakan itu, beliau juga mahu exco Selangor Datuk Teng Chang Khim membuktikan dakwaan pelan asal tanah yang diduduki restoran itu terletak dalam zon penampan lebuh raya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd