• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang Bakat Muda Asah Bakat

oleh AK-47
22/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pihak berkaitan perlu memberi perhatian kepada bakat muda dan memberi mereka peluang meningkatkan kemahiran mereka, kata bekas pemain kelab Liverpool dan Manchester United, Steve Mcmahon.

“Mereka mempunyai minat, semangat dalam bermain bola sepak, namun mereka kekurangan sokongan dari segi peluang, infrastruktur dan pendedahan untuk terus bermain.

“Mereka sanggup bekerja keras untuk menjadi pemain antarabangsa,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan program mencukil bakat The Young Talent Search for Million Dollar Feet Programme, di sini hari ini.

Beliau berkata semasa mengadakan program itu sejak dua tahun lalu, beliau bertemu ramai kanak-kanak yang berbakat yang berminat bermain bola sepak.

Seramai 800 peserta berumur antara 11 dan 16 tahun mencuba nasib dalam sesi pemilihan dua hari itu mulai hari ini bagi mencari dua pemain terbaik bagi dilatih di United Kingdom selama 10 hari bermula 11 November hingga 1 Disember ini.

“Terdapat juga beberapa pasukan pencari bakat yang akan menyertai dua pemain pilihan itu semasa latihan di United Kingdom dan sekiranya mereka berpuas hati dengan prestasi pemain tersebut, kelab akan menandatangani kontrak dengan mereka,” kata McMahon.

Beliau berkata sesi pemilihan telah diadakan di Pulau Pinang, Sarawak dan Kelantan dan pemilihan akan diteruskan di Johor dari 27-28 Oktober dan Kuala Lumpur (3-4 November).

“Kami akan memilih dua pemain terbaik daripada setiap negeri dan mereka akan bertanding di pusingan akhir di Kuala Lumpur sebelum memulakan latihan di United Kingdom,” katanya. – BERNAMA

Tags: Steve Mcmahon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd