• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendera, Lagu UMNO Di Sekolah Bukan Politik

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Isu bendera dikibarkan dan lagu UMNO berkumandang di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya pada Selasa tidak bersifat politik dan bukan sesuatu yang luar biasa, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata elemen itu adalah antara aktiviti bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara, yang dirancang pihak sekolah untuk menerangkan tentang perjalanan negara dalam memperoleh kemerdekaan.

“Negara kita merdeka hasil perjuangan UMNO dengan dibantu oleh MCA dan MIC. Ini dapat dilihat apabila Tunku Abdul Rahman yang pada ketika itu memegang jawatan Presiden UMNO pergi ke London untuk memperoleh kemerdekaan negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di sini, hari ini.

Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas pelajar-pelajar sekolah itu yang menyanyikan lagu UMNO dan mengibarkan bendera parti pada majlis anjuran sekolah berkenaan.

Menurutnya parti pembangkang yang menjadikan perkara itu sebagai isu politik boleh berkata apa sahaja kerana pada dasarnya mereka sendiri sedar bahawa UMNO, MCA dan MIC merupakan penyumbang kepada kemerdekaan negara.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata cadangan untuk membuka sekolah atau kelas khas peralihan kepada pelajar-pelajar bermasalah tidak perlu dilakukan kerana tindakan dibuang dari sekolah seperti yang yang dipraktikan masih relevan.

“Kita tidak perlu buka sekolah untuk kumpulkan pelajar-pelajar bermasalah. Tindakan buang sekolah ini juga masih relevan untuk diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin tetapi bukanlah boleh main buang sekolah begitu sahaja,”katanyaa.

Mahdzir menjelaskan amaran akan diberikan terlebih dahulu kepada pelajar berkenaan dan sekiranya dia masih melakukan kesalahan, pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar itu untuk berbincang bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Jika perlu, tindakan buang sekolah itu akan diambil sebagai langkah terakhir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd