• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanda Sedia Bantu Ho Chi Minh Hadapi Perubahan Iklim

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Belanda sedia berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan hab ekonomi selatan Vietnam di Bandar Ho Chi Minh bagi menghadapi perubahan iklim, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Duta Belanda ke Vietnam, Nienke Trooster membuat kenyataan itu ketika bertemu Setiausaha perbandaran Jawatankuasa Parti, Nguyen Thien Nhan di Bandar Ho Chi Minh pada Selasa.

Konsul Jeneral Belanda yang baharu di Bandar Ho Chi Minh, Carel Ritcher, turut hadir pada pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama.

Belanda akan membantu Bandar Ho Chi Minh melaksanakan projek pengurusan sumber air, pencegahan banjir, penyesuaian perubahan iklim dan pencerobohan air asin.

Trooster berkata sebuah takungan yang dikawal selia – satu projek bersama antara bandar Rotterdam dan Ho Chi Minh – di Daerah 4 dijangka membantu kawasan metropolis Vietnam membendung kejadian banjir.

Pakar Belanda akan menyediakan kakitangan projek Vietnam dengan penyelesaian bagi membendung penenggelaman, pencerobohan air asin dan menguruskan sumber air, katanya.

Beliau turut memuji potensi kerjasama antara Belanda dan Bandar Ho Chi Minh selain berharap ahli perniagaan Belanda boleh bekerjasama dan melabur dalam bidang penerbangan serta pengeluaran semikonduktor. – BERNAMA

Tags: Nienke Trooster
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga AS Lahir Vietnam Korban Tragedi Las Vegas

Next Post

NCWO Mahu Kerajaan Banteras Jualan Rokok Haram

Related Posts

No Content Available
Next Post

NCWO Mahu Kerajaan Banteras Jualan Rokok Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd