• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Khas Tanda PM Santuni Golongan Agama

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pengumuman bayaran khas one-off RM1,500 kepada 65,000 golongan agama dalam Bajet 2018 membuktikan kerajaan tetap prihatin terhadap imam, bilal, tok siak, guru Kelas Agama Fardu Ain dan guru takmir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pemberian itu menggambarkan ketelusan jiwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu segenap lapisan komuniti disantuni termasuk golongan pendakwah Islam.

“Misalnya imam merupakan individu yang sentiasa diperlukan pada bila-bila masa termasuk ketika majlis nikah, bacaan doa serta imam di masjid.

“Dan perdana menteri melihat keberadaan golongan agama ini penting dalam masyarakat dan perlu dihargai,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri program bersama rakyat dan pelancaran kaunter bergerak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) di Pulau Bum Bum di sini hari ini.

Jamil Khir berharap pengumuman bayaran khas itu memberi motivasi kepada golongan tersebut agar lebih gigih menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Semalam Najib mengumumkan bayaran khas tersebut akan diberikan pada Januari 2018 sebanyak RM1,000 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitr melibatkan peruntukan hampir RM100 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU14: UMNO Kedah Buat Post-Mortem – Jamil Khir

21/07/2018
0

ALOR SETAR – Kesemua 15 bahagian UMNO di Kedah diminta menghantar laporan post-mortem mengenai punca kekalahan parti di negeri itu...

Elak Perpecahan Sebelum, Selepas PRU – Jamil Khir

25/03/2018
0

YAN - Masyarakat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada pilihan raya umum (PRU) terdahulu untuk memastikan tiada perpecahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd