• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal Majlis Kahwin, Hans Isaac Minta Ruang

oleh
30/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penerbit popular, Dato’ Hans Isaac baru sahaja mengeluarkan kenyataan mengenai pembatalan majis perkahwiannya bersama dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Gabrielle Robinson, awal pagi tadi.

Sebelum ini, Hans pernah mengumumkan mengenai penangguhan majlis kahwin mereka yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai lalu ke tarikh yang lain, iaitu pada 29 Februari tahun hadapan.

Baca: Hans Isaac, Gabriella Robinson Nafi Putus Tunang

Juga: Hans Tangguh Majlis Kahwin Dengan Ratu Cantik

Namun kini, pelakon berusia 46 tahun itu telah mengambil keputusan untuk membatalkan terus majlis tersebut! Aiseh…Apa cerita ni?

“Salam sejahtera diucapkan kepada semua teman-teman seperjuangan dan rakan-rakan media.

“Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan,” tulis Hans yang ditujukan kepada semua media tempatan.

Kenyataan yang disertakan itu telah diberikan oleh Pengurus Perhubungan Awam (PR) Hans sendiri, iaitu Sue Hussin.

Tambah Hans lagi, dia telah berfikir panjang bagi membuat keputusannya untuk membatalkan perkahwinan itu.

Bagaimanapun, penerbit kelahiran negeri Johor itu turut memohon maaf kepada semua rakan dan ahli keluarganya yang sering menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan hanya mendoakan yang terbaik untuk saya.

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,” katanya lagi.

Pada Jun yang lalu, mereka terpaksa menangguh majlis perkahwinan kerana keluarga Gabrielle mempunyai urusan yang lain. Tapi sekarang, hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.

Pelakon kacukan Filipina dan Spain itu turut memuat naik satu gambar dia Instagram miliknya seolah-olah memberi hint mengenai apa yang sedang berlaku kini.

Sekali lagi netizen membuat andaian kononnya model berkaki panjang itu telah curang buat kali kedua.

Kedua-dua pasangan itu juga telah pun unfollow sesama sendiri di akaun Instagram mereka.

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini. Kita sebagai orang luar, jangan asyik nak buat andaian yang bukan bukan sahaja. Mana tahu barangkali ada masalah lain sebenarnya kan.

Memandangkan mereka masing-masing mempunyai kerjaya sendiri, mungkin faktor kesibukan itu sendiri yang menjadi penghalang. Doa yang baik-baik sahaja okay. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: curangGabrielle RobinsonHans Isaac
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Universiti Perlu Seiring Revolusi Perindustrian

Next Post

Hukuman Buang Daerah Masih Relevan

Related Posts

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Lima Kanak-kanak Antara 19 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu

Lelaki Didakwa Curang Maut Ditikam Kekasih

12/03/2024
0

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di...

Next Post

Hukuman Buang Daerah Masih Relevan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd