• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Segera Cari Jurulatih Baharu Beregu Lelaki

oleh AK-47
07/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuka peluang kepada bekas pemain yang memiliki kepakaran untuk mengisi jawatan jurulatih beregu lelaki negara yang dikosongkan oleh Jeremy Gan, minggu lepas.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM mahu fokus pencarian kepada calon tempatan yang lebih memahami sikap dan perangai pemain serta sistem pengurusan badan induk itu.

“Ramai lagi bekas pemain yang berkaliber dan sanggup bersama BAM namun tanggungjawab ini saya serahkan kepada Cheah Soon Kit (ketua jurulatih beregu lelaki) dan beliau perlu penuhinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian tajaan dengan Daihatsu Motor Corporation.

Mengulas lanjut, katanya, beliau sudah mengarahkan Soon Kit untuk mencari pengganti Jeremy secepat mungkin dan tidak perlu menunggu tempat notis tiga bulan tersebut tamat.

Buat masa sekarang, BAM mempunyai 17 pemain beregu dan lima pemain baharu menjadikan keseluruhannya 11 pasangan beregu lelaki.

“Soon Kit diberi masa dua hingga tiga hari hari lagi untuk mengemukakan nama calon yang serasi dan boleh berkerjasama dengannya,” katanya.

Dalam pada itu, Norza memuji kesungguhan yang ditunjukan bekas ketua jurulatih negara,Yap Kim Hock yang dilaporkan media hari ini bahawa beliau berminat untuk kembali ke pangkuan BAM sekiranya BAM berhasrat mendapatkan khidmatnya.

Kim Hock, yang kini menjadi ketua jurulatih Kelab Badminton Petaling, pernah menjadi ketua jurulatih BAM selama empat tahun sehingga 2008 sebelum ditukarkan melatih pemain remaja di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selama empat tahun sehingga 2012. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Air Laut Di Selangor Diramal Di Paras Tinggi

Next Post

Polis Kesan 40 Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh

Related Posts

SOP Pemilihan Atlet Kategori B Diumumkan Pada Januari

18/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan pemilihan atlet kategori B ke Sukan SEA ke-30 Manila akan lebih ketat...

Berat Badan Chong Wei Susut Hampir 5 Kilogram

12/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau amat gembira untuk melihat keadaan...

Next Post

Polis Kesan 40 Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd