• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018 Mencerminkan Model Ekonomi Baharu

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2018 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan mencerminkan sebuah model ekonomi baru yang lebih lestari dan benar-benar sampai kepada golongan sasaran, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Model ekonomi baru ini akan menggantikan model (ekonomi) lama yang pincang. Seperti yang kita tahu, model ekonomi sedia ada memiliki beberapa elemen seperti gaji yang rendah, serta subsidi yang berlebihan,” kata beliau pada sidang media selepas sesi dialog dan perkongsian maklumat bersama usahawan wanita hari ini.

Beliau memberi maklum balas terhadap gambaran awal Bajet 2018 yang dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di blognya semalam.

Melalui blognya, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata inisiatif baru dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan dalam Bajet 2018 untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

“Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara, untuk mewujudkan negara yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua: Malaysia di mana tiada sesiapa akan ketinggalan,” kata Perdana Menteri.

Pada majlis yang sama, Mustapa turut melancarkan penjenamaan semula Pusat Rujukan Setempat SME Corp Malaysia yang dulu dikenali sebagai ‘One Referral Centre SME Corp Malaysia’.

Mengulas lanjut mengenai subsidi, beliau berkata kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi, bagaimanapun ia akan dirasionalisasikan bagi mencapai penerima sasaran.

Sementara itu, majlis minum petang yang disertai oleh 200 usahawan wanita itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta cadangan mengenai dasar dan program pembangunan usahawan wanita di Malaysia.

Mustapa berkata perdana menteri akan mengumumkan sesuatu yang khusus bagi usahawan wanita di Malaysia.

“Ia adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu,” katanya lagi.

Menurut hasil bancian ekonomi yang telah dijalankan pada 2016, usahawan wanita menyumbang 20.6 peratus (186,855) daripada 907,065 perusahaan kecil dan sederhana di negara ini. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd