• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagi Tumpuan Soal Keselamatan Sekolah Tahfiz

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan memberi perhatian berhubung tahap keselamatan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara terlebih dahulu sebelum meneruskan perbincangan mengenai pendaftaran institusi pendidikan berkenaan di bawah kerajaan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu selaras dengan kehendak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memeriksa sekolah-sekolah tahfiz termasuk menyediakan laporan keselamatan.

“Buat masa kini, pihak bomba telah memeriksa 932 sekolah tahfiz di negara ini. Selepas kita terima laporan, kemudian kita melakukan penambahbaikan institusi pendidikan tersebut.

Tidak guna bincang mengenai pendaftaran dan kurikulum sekolah tahfiz, tetapi soal keselamatan masih bermasalah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17 (1) di sini hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini mengarahkan JBPM untuk menjalankan siasatan terhadap semua pusat tahfiz di seluruh negara bagi mengelak kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah daripada berulang.

Sementara itu, Mahdzir berkata semua pengendali tadika swasta diminta untuk menekankan Peers dalam kurikulum pendidikan prasekolah bagi menyebarluas mengenai aspek penjagaan kesihatan dan keselamatan diri kepada kanak-kanak.

Katanya Peers merupakan antara usaha kerajaan untuk mendedahkan kanak-kanak berhubung pendidikan reproduktif dan sosial seawal usia empat tahun sejajar komitmen meningkatkan kesedaran tentang implikasi jenayah seksual.

“Murid prasekolah perlu diberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan Peers supaya mereka bersedia menjaga diri sendiri, mengenal pasti aspek sentuhan selamat, tidak selamat dan tidak selesa serta boleh mengambil tindakan yang sesuai apabila berhadapan dengan situasi yang berisiko,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya telah mengatur pelbagai program pendidikan untuk memberi pengetahuan dan penerapan nilai murni bermula dari prasekolah termasuk memperkenalkan Peers sejak 2003 lagi.

Ketika diminta mengulas mengenai isu Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang menolak permohonan acara “Pulau Pinang dan DAP” susulan acara “UMNO dan Merdeka” di sebuah sekolah di Putrajaya, Mahdzir menganggap permintaan itu sebagai satu provokasi “mengejek” selain tidak mempunyai tujuan yang jelas.

“Jadi kalau nak buat untuk sengaja nak mengejek tak bolehlah. Kalau nak buat mesti ada tujuan yang khusus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidSekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Cabul Sekolah Tahfiz Tidak Cukup Bukti Untuk Dakwa

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10...

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd