• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awasi Ternakan Daripada Masuk Ke Lebuh Raya

oleh Ahmad Albab
16/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Penternak haiwan di kawasan kampung berhampiran lebuh raya diminta mengawasi haiwan ternakan mereka daripada masuk ke jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Haiwan ternakan melintas jalan memang kita tidak sempat untuk mengelak, kalau kita mengelak akan membahayakan pemandu lain, akibat daripada menukar lorong secara tiba-tiba yang akan menyebabkan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata tindakan segelintir orang yang tidak bertanggungjawab memotong pagar lebuh raya juga merupakan satu daripada faktor haiwan memasuki kawasan lebuh raya.

“Jangan dipotong pagar tersebut, dipagarkan lebuh raya itu disebabkan tidak mahu binatang ternakan melintas,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Program Keselamatan PLUS bersama Penduduk Setempat Kampung dan Ladang Mukim Rantau di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Bhd., Zakaria Ahmad Zabidi dan Pengarah Wilayah Selatan, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Shahrir Amin Ahmad.

Sementara itu, PLUS dalam rekodnya pada tahun 2015 menunjukkan lima kemalangan berlaku di laluan Senawang-Pedas Linggi, yang berpunca daripada binatang ternakan berkeliaran di lebuh raya.

Jumlah tersebut meningkat pada tahun lepas dengan sembilan kemalangan dan setakat enam bulan pertama tahun ini, dua kemalangan direkodkan berpunca daripada kes yang sama. – BERNAMA

Tags: ternakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Ratusan Ternakan ‘Mangsa’ Bah Diselamatkan Di Terengganu

Ratusan Ternakan ‘Mangsa’ Bah Diselamatkan Di Terengganu

22/12/2022
2

PUTRAJAYA: Kebimbangan ratusan ekor ternakan di beberapa lokasi yang dilanda banjir buruk di Terengganu berakhir apabila mereka berjaya dipindahkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd