• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APEC Disaran Beri Lebih Tumpuan Sektor Perkhidmatan

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sektor perkhidmatan untuk lebih melengkapi kemunculan ekonomi digital global.

Penganjur Bersama Persekutuan Penyedia Perkhidmatan ASEAN, Jane Drake-Brockman berkata kebanyakan ekonomi APEC masih tidak jelas mengenai bagaimana sektor perkhidmatan menyumbang sebahagian besar daripada keluaran dalam negara kasar sesebuah negara pada tahun-tahun kebelakangan ini.

“Kita telah mendengar beberapa inisiatif baharu oleh kerajaan Malaysia yang direka untuk meningkatkan daya saing sektor perkhidmatan. Apa yang kami harapkan ialah semua ekonomi APEC akan mula memberi tumpuan dengan cara yang sama,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Simposium Teknologi Digital Asia Pasifik 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata secara purata, sektor perkhidmatan menyumbang lebih 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar sesebuah negara, dengan kira-kira 98 peratus daripada ekonomi Amerika Syarikat telah didigitalkan, manakala kira-kira 80 peratus daripada ekonomi Australia berada dalam sektor perkhidmatan.

“Namun, perhatian masyarakat sentiasa tertumpu pada (struktur) perlombongan dan pertanian, sementara di negara-negara lain (APEC), mereka (lebih) memberi tumpuan kepada pembuatan. Kita terlepas pandang bahawa daya saing perkhidmatan adalah apa yang memacu hampir semua sektor lain,” katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri J. Jayasiri berkata banyak usahawan tempatan telah mengguna pakai teknologi digital dalam menjalankan operasi mereka, yang melibatkan pemasaran Internet, perdagangan rentas sempadan digital dan e-logistik.

“Kita perlu melihat teknologi, bukan sebagai pesaing, tetapi rakan kongsi dalam mewujudkan pekerjaan yang berkualiti. Kita perlu menggunakannya untuk kelebihan atau risiko yang membolehkan pesaing kita menggunakannya untuk mendahului kita.

“Inilah sebabnya mengapa kerajaan mengutamakan inovasi dan menggalakkan penerapan elemen Industri 4.0, bukan sahaja dalam sektor perkilangan, tetapi juga perkhidmatan untuk membina skala ekonomi yang lebih besar,” katanya dalam ucapan perasmian.

Jayasiri berucap bagi pihak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam usaha membangunkan ekonomi digital Malaysia, Jayasiri berkata pemimpin perniagaan memainkan peranan penting kerana mereka akan menjadi penerima langsung transformasi digital yang berlaku di negara ini.

“Syarikat perlu berhati-hati untuk tidak bergantung semata-mata kepada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, tetapi juga menghasilkan penyelesaian inovatif dalam memulakan usaha ini. Kerajaan berusaha untuk bekerjasama dengan perniagaan untuk membuat dasar yang berkesan dan relevan dalam menentukan hala tuju masa depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jane Drake-Brockman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Saring Senarai Nama Pastikan Calon Bersih

Next Post

RM4.09 Juta Untuk Sekolah, Badan Agama Bukan Islam

Related Posts

No Content Available
Next Post

RM4.09 Juta Untuk Sekolah, Badan Agama Bukan Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd