• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Antara Klopp-Mourinho, Lebih Baik Mourinho!

oleh Ahmad Albab
31/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pemain Liverpool telah membandingkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan bos Manchester United Jose Mourinho.

Stan Collymore mendakwa dia lebih rela mempunyai seorang pengurus seperti Mourinho kerana dia mampu menjamin kejayaan.

Mourinho dan Manchester United telah menikmati permulaan yang sangat baik musim ini dan mereka berada di kedudukan kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris, lima mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Pengurus Portugis itu telah menggunakan strategi bertahan dengan terbaru mereka menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Sabtu.

Sebaliknya Liverpool berada di posisi kurang baik setakat ini (ke-6) dengan 12 mata di belakang City.

Ketika Mourinho dikritik kerana dilihat tidak puas hati di luar padang, Collymore menegaskan reaksi yang ditunjukkan itu lebih baik baik berbanding Klopp yang ‘tersenyum’.

“Jose mempunyai hak untuk memberitahu pengkritiknya supaya diam,” katanya kepada Daily Mirror.

“Banyak yang anda lihat daripadanya adalah lakaran.

“Dia suka dirinya nampak jahat di depan kamera tetapi pada dasarnya dia seorang yang sangat baik dan saya sangat menghormatinya.

“Bila kita buka TV, Jurgen tersenyum dan kita tersenyum kepadanya.

“Bila Mourinho kerut dahi, kita kata dia tidak menunjukkan permainan sebenar.

“Tetapi saya tahu siapa yang saya lebih suka untuk menguruskan kelab saya.

“Jangan cemarkan namanya sebagai pengurus ‘parkir bas’ dan tidak bermain bola sepak sebenar.

“Dia telah melakukannya pada tahap tertinggi.

“Baginya, bola sepak adalah tiga mata untuk menang, satu untuk seri dan kosong untuk kalah dan itu yang sentiasa difikirkannya.

“Dia tak fikir tentang falsafah atau cuba bawa pembaharuan dalam permainan, dia hanya fikir tentang menang trofi.

“Dan orang ramai boleh kira jumlah trofinya selepas semuanya selesai.” – mStar Online

Tags: Jose MourinhoJurgen Klopp
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tottenham Larang Seumur Hidup Baling Air Kencing?

Next Post

Aaisyah Malu Dengan Zul Ariffin, Alahai Comelnya!

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

Next Post

Aaisyah Malu Dengan Zul Ariffin, Alahai Comelnya!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd