• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anina Saman Fitnah 6 Pemimpin PPBM

oleh
16/10/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin memfailkan saman fitnah terhadap enam individu termasuk empat pemimpin tinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Langkawi.

Anina, melalui peguamnya, Tetuan Abdul & Yazmin memfailkan saman berkaitan fitnah dilontarkan terhadapnya mengenai dakwaan penerimaan wang RM7 juta daripda UMNO di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

Bagimanapun beliau dalam sidang media di sini hari ini enggan mendedahkan identiti keenam-enam individu tersebut sehingga tindakan penyerahan notis daripada pihak mahkamah terhadap mereka selesai.

“Saya melalui barisan peguam, telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap beberapa individu untuk bersih diri dan nama saya yang dituduh menerima sejumlah RM7 juta dari UMNO,” katanya.

Antara faktor tindakan memfailkan saman itu dilakukan berikutan tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kepimpinan tinggi PPBM berkenaan isu fitnah yang dilontar terhadapnya.

Ini memandangkan beliau juga antara pemimpin tinggi dalam parti sebelum ini, meskipun sudah membuat aduan ke Jawatankuasa Disiplin PPBM pada awal Ogos lepas.

Baca: Anina Pecah Rekod Dunia Sekejap Pegang Jawatan

Sementara itu, Anina turut memaklumkan beliau telah membuat laporan kepada pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan wang sogokan RM7 juta itu.

Namun, fitnah berterusan yang dimainkan menerusi laman-laman media sosial secara terbuka oleh individu-individu tersebut, mendorong Anina untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sebelum ini, dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PPBM, Petaling Jaya, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa konon beliau mengetahui wang berjumlah RM7 juta yang diterima oleh Anina.

Justeru, Anina dalam nada sindiran turut menggesa Syed Saddiq agar bersedia untuk tampil ke mahkamah ketika proses saman tersebut bagi membela nasib kesemua enam individu dari parti tersebut.

“Sebelum ini Syed Saddiq kata dia tahu berkenaan RM7 juta yang saya terima daripada UMNO. Jadi, saya maklumkan di sini kepada dia, supaya hadir ke mahkamah nanti untuk membela enam individu tersebut.

“Sila kemukakan bukti yang dia ada,” katanya sinis kepada pemberita. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anina SaadudinPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd