• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggun Mengaku Tidak Bersalah Tipu Duit

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang ahli perniagaan Siti Nurbaiyah Yahya atau ‘Anggun’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menipu seorang individu, berhubung pembinaan sebuah rumah bernilai RM30,000 dua tahun lepas.

Anggun, 42, seorang daripada beberapa individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah banglo oleh DBI Properties (DBI) dan Juta Kelulut Global Resources membabitkan kerugian mencecah RM6.8 juta, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Ibu tunggal itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Lorong Gonchar 2, Jalan Datuk Ali di sini, pukul 5 petang pada 23 Disember 2015.

Mengikut pertuduhan, Anggun didakwa memperdayakan mangsa lelaki berusia 51 tahun untuk menyerahkan RM30,000 kononnya sebagai kos pembinaan sebuah rumah di atas tapak tanah sendiri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Lokman Hakim.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM30,000, bagaimanapun Mohd Azhar membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Azhar juga menetapkan kes disebut semula pada 23 November. – BERNAMA

Tags: kes tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

25/12/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua...

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd