• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Dipenjara Ugut Tikam Tak Mampu Beri RM1,000

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan biadap seorang anak yang mengugut untuk menikam ibunya sendiri selepas tidak mendapat wang tunai RM1,000 sepertti dipintanya, menerima balasan apabila dia dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Zahid Mohd Rashid, 28, seorang bekas penyelia, selepas tertuduh mengaku bersalah telah menakutkan secara sengaja kepada Rashidah Abdullah @ Ellis Anak Rengok, 55, seorang suri rumah, dengan niat hendak mendatangkan ketakutan di ruang tamu rumah mangsa di Kampung Dato Mufti Shuib, di sini pada 3.15 petang, 19 Ogos lepas.

Tertuduh yang merupakan seorang duda anak satu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes tertuduh telah pergi ke dapur dan bertanyakan ibunya adakah wanita itu telah selesai menggoreng ikan namun mangsa mengatakan belum.

Tertuduh yang berang telah memarahi mangsa dan menyepak kerusi yang berada berhampiran dan meminta wang RM1,000 daripada mangsa sebagai syarat untuk dia keluar daripada rumah mangsa.

Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu menyebabkan tertuduh naik berang dan mengugut untuk menikam ibu dan anggota keluarganya yang lain.

Mangsa yang ketakutan kemudian telah membuat laporan polis.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun dan telah digantung kerja selama setahun.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira perbuatan tertuduh yang tidak wajar kerana sanggup mengugut ibunya sendiri selain apa-apa perselisihan faham sepatutnya diselesaikan dengan cara baik bukannya mengambil tindakan di tangan sendiri. – BERNAMA

Tags: dipenjaratikamUgut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Grab Malaysia Mahu Bajet 2018 Sokong Pengguna

Next Post

Kerajaan Pastikan Rakyat Dapat Manfaat Meningkat

Related Posts

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

12/04/2025
4

SUNGAI SIPUT - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki menikam dua rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah...

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

23/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pendakwah menerusi laman sosial Facebook, pada Khamis...

Next Post

Kerajaan Pastikan Rakyat Dapat Manfaat Meningkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd