• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Bilal Antara 21 Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Seorang lelaki yang juga anak kepada seorang bilal dekat sini, tidak serik apabila sekali lagi dicekup pihak berkuasa di ‘port’ dadah di Kampung Kuala Sala, di sini, semalam.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di tempat sama dia dicekup sebelum ini, ketika ‘port’ tumpuan penagih di laluan tepi laut itu diserbu sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah AADK Kedah, Mahadzir Elias, berkata dalam operasi enam jam bermula 9 pagi itu, seramai 26 individu disyaki penagih ditahan ketika masing-masing menuju ke ‘port’ dadah berkenaan.

Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 60 tahun yang rata-ratanya bekerja sendiri dan penganggur.

“Mereka kemudian dibawa ke Pejabat AADK Daerah Yan untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mengesahkan 21 positif dadah jenis opiat dan methamphetamine termasuk anak kepada seorang bilal.

“Semua 21 individu terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, manakala empat individu akan disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, Mahadzir berkata, sebahagian besar penagih yang ditahan datang dari luar daerah ini dan masuk ke ‘port’ berkenaan bersama bekalan dadah untuk melepaskan gian mereka.

“Walaupun kerap diserbu, kawasan itu masih aktif dan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk penagih melepaskan gian berikutan tarikan lokasi yang santai dan mempunyai pilihan kepada penagih untuk melarikan diri apabila serbuan dijalankan.

“Kampung Kuala Sala ialah kawasan yang popular dan menjadi tumpuan penagih dadah seperti Kuala Kedah untuk mendapatkan bekalan bagi melepaskan gian dan AADK mengharapkan kerjasama masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat bagi membanteras penagihan dadah,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Penagih Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd