• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Iktibar Sejarah Lampau, Elak Perpecahan

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Rakyat Malaysia perlu belajar melalui sejarah bagi menggelak daripada mengulangi kesilapan lampau yang hanya akan merugikan negara bagi tempoh jangka panjang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.

“Kita boleh berbeza pandangan tetapi jangan sampai perbezaan pandangan kita menghancurkan negara,” katanya pada majlis makan malam bersama Diaspora Malaysia di sini malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri berada di Turki sejak Khamis bagi mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berlangsung di sini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sekarang gigih untuk memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang dikagumi dunia dalam setiap bidang melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

“Kita mahu Malaysia berada di tahap 20 negara terbaik dunia menjelang 2050,” katanya.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul Wahab, Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta pegawai kementerian luar, ahli perniagaan dan pelajar Malaysia.

Pada majlis ramah mesra itu, Timbalan Perdana Menteri turut berkongi pengalamannya melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh pada awal minggu ini yang menyaksikan ribuan pelarian itu hidup dalam keadaan sengsara dan serba kekurangan.

Menurutnya Malaysia dan Turki di bawah kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersepakat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian itu termasuk melalui komitmen Malaysia bagi membina sebuah hospital lapangan lapangan yang dilengkapi 50 katil di Cox’s Bazaar supaya lebih ramai pelarian menerima penjagaan kesihatan lebih baik.

“Presiden Erdogan sendiri bersetuju untuk membekalkan 20,000 buah khemah, kemudahan sekolah serta menyediakan bekalan makanan dan minuman termasuk pakaian kepada pelarian Rohingya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKaum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd