• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya Jejak Kaki Ke Tanah Selepas 3 Tahun

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki berusia 47 tahun dari La Paz di wilayah Agusan del Sur di Filipina kali terakhir menjejakkan kaki ke tanah pada 2014, sebelum bertindak memanjat sebatang pokok kelapa setinggi 18 meter.

Sejak itu, dia tidak pernah turun dan menjadikan pokok kelapa itu sebagai rumahnya.

Dikenali sebagai Gilbert Sanchez (gambar bawah), lelaki tersebut dikatakan meninggalkan rumahnya untuk tinggal di atas pokok kelapa tiga tahun lalu, selepas dipukul di kepala menggunakan senjata dalam satu perbalahan.

Ibunya masih ingat betapa takutnya Gilbert ketika itu yang bimbang seseorang akan datang untuk membunuhnya.

Satu cara untuk memastikan dia terus hidup adalah memanjat pokok paling tinggi yang dijumpainya dan tinggal di situ.

Itulah yang dilakukan Gilbert sejak tiga tahun lalu, yang bergantung hidup dengan makanan dan minuman yang dibawa ibunya setiap hari, diangkat ke atas pokok menggunakan tali.

Ibu Gilbert, Winifreda Sanchez cuba untuk memujuknya turun dari pokok, sekurang-kurangnya untuk mandi, tetapi ditolaknya.

Apa yang boleh dilakukan ibunya adalah menghantar makanan, air, pakaian dan rokok kepadanya setiap hari.

Pada 11 Oktober lalu, satu pasukan yang terdiri daripada 50 orang bersama dengan keluarga Gilbert cuba memujuknya untuk turun sekali lagi, sebelum bertindak menebang pokok kepala itu menggunakan gergaji.

Ia merupakan satu operasi yang sukar kerana boleh membawa Gilbert turun dengan selamat atau boleh menyebabkan dia terbunuh.

Bagaimanapun semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan Gilbert akhirnya menjejakkan kaki ke tanah selepas tiga tahun. – odditycentral/mStar Online

Tags: lelakipokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd